Malaysia kecam serangan Houthi, nyatakan solidariti dengan Arab Saudi

29 Oct 2026 • 4:30 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Malaysia kecam serangan Houthi, nyatakan solidariti dengan Arab Saudi
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. Foto Bernama

 

KUALA LUMPUR - Malaysia menyatakan solidariti dengan Arab Saudi susulan isu keselamatan yang dihadapi negara itu serta menegaskan kesediaan untuk memberikan bantuan mengikut kemampuan.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, beliau menyuarakan komitmen itu dalam perbualan telefon dengan rakan sejawatnya dari Arab Saudi, Putera Khalid bin Salman Al Saud, semalam.

Mohamed Khaled berkata beliau menerima panggilan telefon itu ketika menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) Ke-20 di Cebu, Filipina.

"Malaysia berdiri teguh dan bersolidariti bersama Arab Saudi ketika negara itu menghadapi cabaran keselamatan dan bersedia untuk memberikan bantuan mengikut kemampuan kami. Semoga Arab Saudi dan rakyatnya selamat dan sejahtera, insya-Allah,” katanya menerusi hantaran dalam akaun X.

Sementara itu, Putera Khalid menerusi hantaran berasingan dalam laman sosial yang sama berkata menerusi perbualan telefon itu kedua-dua menteri membincangkan kerjasama pertahanan dua hala dan perkembangan serantau.

Beliau berkata mereka turut mengecam serangan oleh Houthi terhadap Arab Saudi dan tempat-tempat suci.

Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid di ibu negara Arab Saudi, Riyadh, sebelum ini menjadi sasaran serangan yang mengakibatkan beberapa kematian dan kecederaan, sekali gus mendorong pihak berkuasa Arab Saudi menggantung sementara operasi lapangan terbang itu.

Lapangan terbang berkenaan dibuka semula secara berperingkat pada Ahad.- Bernama

 

 

 

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved