Tiada negara dapat manfaat jika berlaku konflik di Laut China Selatan – Khaled

LocalPolitics
29 Oct 2026 • 2:38 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Tiada negara akan mendapat manfaat sekiranya konflik tercetus di Laut China Selatan, sebaliknya keadaan itu hanya berisiko menjejaskan keamanan dan kestabilan rantau ini.

Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, semua pihak perlu mengamalkan sikap menahan diri serta mengelakkan sebarang tindakan yang boleh meningkatkan ketegangan, khususnya ketika pertindihan tuntutan dan kepentingan di kawasan perairan itu masih menjadi isu.

“Pendirian Malaysia kekal jelas. Semua pihak mesti mengamalkan sikap menahan diri, mengelakkan tindakan yang boleh meningkatkan ketegangan dan menyelesaikan pertikaian secara aman berdasarkan undang-undang serta norma antarabangsa, khususnya Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Undang-Undang Laut 1982 (UNCLOS),” katanya.

Image from: Tiada negara dapat manfaat jika berlaku konflik di Laut China Selatan – Khaled

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan pandangan Malaysia pada Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN-Plus (ADMM-Plus) ke-13 di Cebu, Filipina hari ini.

Dalam pada itu, Mohamed Khaled menegaskan bahawa pemuktamadan Kod Tatalaku di Laut China Selatan (COC) yang berkesan dan substantif perlu dipercepatkan serta diberikan keutamaan tertinggi.

Image from: Tiada negara dapat manfaat jika berlaku konflik di Laut China Selatan – Khaled

Ujarnya, kod berkenaan penting bagi memperkukuh keyakinan bersama, mengelakkan salah perhitungan dan memelihara keamanan serta kestabilan di rantau ini.

“Malaysia amat menekankan bahawa pemuktamadan Kod Tatalaku yang berkesan dan substantif di Laut China Selatan mesti dipercepatkan dan diberikan keutamaan tertinggi.
“Kami percaya Kod Tatalaku yang bermakna penting untuk memperkukuh keyakinan bersama, mencegah salah perhitungan serta mengekalkan keamanan dan kestabilan di rantau ini,” katanya.

Image from: Tiada negara dapat manfaat jika berlaku konflik di Laut China Selatan – Khaled

Beliau turut menegaskan bahawa perpaduan dan kepusatan ASEAN perlu terus dihormati, terutama dalam hubungan dengan rakan dialog Plus, bagi memastikan kerjasama serantau berteraskan saling menghormati dan bukannya konfrontasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved