Malaysia Kecam Serangan Udara Ke Atas Doha – PM Anwar

LocalPolitics
10 Sep 2025 • 10:10 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Malaysia menzahirkan kecaman keras terhadap serangan udara rejim Israel yang menyasarkan ibu negara Qatar, Doha, pada Selasa.

Menurut laporan Sinar Harian, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tindakan itu jelas merupakan pelanggaran kedaulatan Qatar serta pencabulan serius terhadap undang-undang antarabangsa.

image is not available

Foto: Sinar Harian

Menurut beliau, serangan tersebut bukan sahaja membahayakan nyawa orang awam, malah turut menggugat kestabilan rantau Timur Tengah yang ketika ini berada dalam keadaan rapuh.

“Serangan udara Israel ke atas Doha adalah tindakan biadab yang melanggar kedaulatan sesebuah negara berdaulat dan mengabaikan undang-undang antarabangsa.

Ia secara cuai mengancam keselamatan orang awam serta kestabilan rantau yang sedia tegang,” katanya.

Anwar turut menegaskan bahawa Israel secara terang-terangan tidak menghormati peranan Qatar yang selama ini bertindak sebagai mediator dan penggerak utama dialog keamanan di Timur Tengah.

image is not available

“Serangan sebegini sama sekali tidak boleh dipertahankan, apatah lagi diterima. Malaysia berdiri teguh bersama Qatar dalam menghadapi situasi ini,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau menggesa komuniti antarabangsa segera bertindak memastikan Israel dipertanggungjawabkan atas tindakan agresif yang keterlaluan itu.

Sumber: Sinar Harian (Tuan Buqhairah Tuan Muhamad Adnan)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved