Malaysia Kekal Bebas Virus Nipah, Tingkat Kesiapsiagaan Kawal Risiko

LocalHealth & Fitness
23 Feb 2026 • 9:14 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

image is not available

Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) mengesahkan bahawa Malaysia kekal bebas daripada penyakit Nipah di sebalik laporan penularan wabak virus Nipah yang melibatkan manusia di West Bengal, India baru-baru ini. 

Walaupun status negara adalah selamat, pihak berkuasa tidak mengambil mudah perkara ini dan kini berada dalam mod berjaga-jaga bagi memastikan tiada risiko kemasukan virus tersebut ke dalam negara.

image is not available

Sebagai langkah proaktif, DVS telah menjalankan survelan tahunan yang ketat. Sepanjang tahun 2025, keputusan ujian menunjukkan keberkesanan kawalan biosekuriti negara:

  • Lebih 2,000 sampel babi domestik telah diuji dan keputusannya negatif.
  • 48 sampel babi hutan turut diuji dan semuanya juga menunjukkan keputusan negatif.

Selain itu, kawalan ketat dikenakan terhadap pengimportan daging babi, di mana hanya negara yang sah bebas virus Nipah sahaja dibenarkan mengeksport produk mereka ke Malaysia.

Kenali Peranan Kelawar Buah dan Ternakan

Menurut kenyataan media tersebut, orang ramai perlu memahami rantaian jangkitan ini:

  • Kelawar Buah (Flying Fox): Dikenalpasti sebagai perumah semula jadi (vektor) bagi virus Nipah.

  • Ternakan Babi: Bertindak sebagai perumah pengganda (amplifying host). Jangkitan dalam populasi babi boleh meningkatkan risiko penularan kepada manusia jika biosekuriti longgar.

Artikel berkaitan : KKM Tingkat Kewaspadaan Terhadap Risiko Jangkitan Virus Nipah

Artikel berkaitan : Virus Nipah Di India: 5 Kes Jangkitan Dikesan, Ini Fakta Virus Yang Korang Perlu Ambil Tahu

DVS menyeru para penternak, terutamanya yang mempunyai ladang berhampiran dusun buah-buahan, supaya segera menghapuskan faktor tarikan kelawar seperti pokok buah-buahan di sekitar ladang. Pastikan amalan biosekuriti berada pada tahap tertinggi.

image is not available

Bagi orang awam, anda dinasihatkan untuk:

  • Jangan panik dan jangan menyebarkan maklumat tidak sahih.

  • Dapatkan maklumat hanya daripada sumber rasmi.

  • Laporkan segera sebarang kematian atau tanda penyakit mencurigakan pada ternakan kepada Pejabat Perkhidmatan Veterinar berhampiran atau melalui talian hotline 03-8870 2041.

  • Suka juga untuk diingatkan bahawa, penyakit Nipah merupakan penyakit wajib lapor di Malaysia. Oleh itu, semua penternak dan orang awam hendaklah segera melaporkan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) sekiranya disyaki berlaku jangkitan penyakit tersebut dalam kalangan ternakan.

    Sumber : DVS | KPKM

    Sumber: India TodaySumber: Gambar Hiasan

    Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.