Malaysia kekal komited banteras jenayah, angkat martabat kemanusiaan – Saifuddin

LocalPolitics
10 Nov 2025 • 10:27 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menegaskan bahawa Malaysia kekal komited dalam usaha memerangi jenayah pemerdagangan orang yang masih menjadi ancaman terhadap nilai kemanusiaan sejagat.

Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan Sambutan Hari Antipemerdagangan Orang Sedunia (WDAT 2025) yang dianjurkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui Pejabat Strategik Nasional dan Majlis Antipemerdagangan Orang serta Antipenyeludupan Migran (NSO MAPO).

image is not available

“Majlis ini bukan sekadar acara sambutan, tetapi sebuah peringatan bahawa di sebalik kemajuan dunia hari ini, masih wujud jenayah yang meragut nilai kemanusiaan apabila manusia diperlakukan dalam keadaan yang tidak sepatutnya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

image is not available

Malaysia kekal komited banteras jenayah

Saifuddin berkata, komitmen Malaysia dibuktikan melalui kejayaan mengekalkan taraf Tier 2 dalam Laporan Pemerdagangan Orang oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat, yang menunjukkan kemajuan berterusan dalam usaha membanteras jenayah tersebut.

Artikel lain: Jangan terperangkap dengan pemikiran jumud, PM Anwar mahu idea segar bantu bangunkan negara

Bagaimanapun, tegasnya, kedudukan itu bukan satu kejayaan mutlak.

image is not available

image is not available

Sebaliknya tanggungjawab lebih besar untuk memperkukuh kebolehkesanan penyiasatan, mempercepatkan proses pendakwaan serta memastikan mangsa menerima perlindungan dan pembelaan sewajarnya.

“Dalam dunia moden yang semakin dipacu teknologi, bentuk pemerdagangan orang juga semakin halus, tersembunyi dan sukar dikesan.
“Maka, usaha ini tidak boleh berhenti, ia mesti diteruskan bersama dengan tekad dan empati,” katanya.

Sumber: FB Saifuddin Nasution Ismail

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved