Malaysia kekalkan kedudukan sebagai antara negara paling aman di dunia -PM Anwar

LocalPolitics
14 Dec 2025 • 1:18 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Malaysia terus mengekalkan kedudukan sebagai antara negara paling aman di dunia walaupun mempunyai kepelbagaian kaum, agama dan latar serantau yang kompleks, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

image is not available

Malaysia antara negara paling aman

Memetik laporan daripada Bernama, beliau menyatakan keupayaan negara mengurus kepelbagaian itu bukan sahaja menjamin keharmonian dalaman, malah meningkatkan keyakinan masyarakat antarabangsa terhadap Malaysia sebagai sebuah negara yang stabil.

“Apa pun yang diperkatakan dan dilakukan, negara ini meskipun mempunyai kerumitan dari segi aspirasi serantau, kaum dan agama, Malaysia sememangnya tergolong satu daripada negara paling aman di dunia,” katanya.

Anwar berkata demikian ketika berucap pada Majlis Minum Petang Sambutan Krismas anjuran Persekutuan Kristian Malaysia (CFM) yang berlangsung di sini hari ini. Majlis tersebut turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusoff.

image is not available

Jadi antara negara paling aman faktor terus dihormati

Perdana Menteri berkata, status Malaysia sebagai negara aman menjadi antara faktor utama negara ini terus dihormati oleh negara jiran serta komuniti antarabangsa, termasuk dalam aspek diplomasi dan hubungan serantau.

Ujarnya, kepercayaan itu dapat dilihat menerusi peranan Malaysia dalam membantu meredakan konflik dan menggalakkan dialog, apabila beberapa negara serantau dan antarabangsa meletakkan keyakinan terhadap kepimpinan negara.

image is not available

Artikel lain: Dr Zaliha tegur Rafidah, tak wajar ajak Melayu demonstrasi -“Nak negara kita tak aman?”

Tambah beliau, kedudukan Malaysia yang aman turut mendorong negara jiran seperti Kemboja dan Thailand mempercayai Malaysia untuk membantu memudah cara dialog serta meredakan ketegangan serantau.

Majlis berkenaan dihadiri kira-kira 800 tetamu dalam kalangan komuniti Kristian dan turut diserikan dengan beberapa persembahan sempena sambutan tersebut.

Sumber: Bernama