
Lelaki Ni Kongsi Momen Seram Masa “Live” Di Malaysia, Curi Perhatian Ramai
Malaysia sememangnya terkenal sebagai destinasi pilihan ramai dari seluruh dunia. Ada yang datang sekadar untuk bercuti, ada juga yang memilih negara ini sebagai tempat bekerja, menimba ilmu, malah menetap untuk tempoh yang lama.
Tak dinafikan, sebaik sahaja menjejakkan kaki ke bumi bertuah ini, pelbagai pengalaman menarik mula dikongsikan oleh orang luar tentang kehidupan di Malaysia.
Ada yang kagum dengan kepelbagaian budaya, ada yang teruja dengan makanan tempatan. Tak ketinggalan, ada juga yang berkongsi kisah unik yang kadangkala tak masuk akal dan menghiburkan.
Salah satu kisah yang mencuri perhatian baru-baru ini dikongsikan oleh seorang lelaki berasal dari Nigeria yang dipercayai kini menetap di Malaysia.
Pengalamannya bukan sahaja membuatkan ramai terhibur, malah turut mengundang pelbagai reaksi netizen. Nak dikatakan seram, perasaan itu seolah-olah ‘terbantut’ di tengah jalan. Nak kata lucu, pun ada.
“Saya terjumpa seorang wanita yang sedang menangis…”
Menurut lelaki tersebut, kejadian itu berlaku ketika dia sedang melakukan siaran langsung di media sosial.
“Saya terjumpa seorang wanita yang sedang menangis dua hari lalu ketika saya sedang membuat siaran langsung. Jadi saya membuat keputusan untuk pergi mendekatinya dan bertanya apa yang berlaku.
“Namun, beberapa penonton saya mula memberitahu bahawa wanita itu mungkin hantu,” katanya.
Pada awalnya, dia tidak terlalu mempedulikan ‘peringatan’ tersebut. Malah, dia mahu membuktikan bahawa dia tidak takut kepada hantu.
Lucunya, dia mengakui berubah fikiran apabila teringat bahawa dia berada di Malaysia.
“Tetapi kemudian saya teringat, saya berada di Malaysia. Kalau orang Malaysia kata seseorang itu hantu, besar kemungkinan ia memang hantu. Jadi akhirnya, saya cabut lari,” tambahnya.
Apabila ditanya mengapa dia percaya kata-kata rakyat Malaysia, lelaki itu menjelaskan bahawa dia sendiri masih keliru dengan apa yang berlaku.
“Saya sangat keliru ketika itu, tetapi saya percaya kerana ada yang berkata mereka pernah mengalami perkara yang sama sebelum ini,” katanya di ruangan komen, disertai emoji ketawa.
@timinottimid real-life experience while LIVE #malaysia #kl #kualalumpur #experience #expat
♬ original sound – timinottimid – timinottimid
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan reaksi spontan lelaki tersebut.
“Jangan lari… kamu perlu alami sendiri pengalaman dengan hantu Malaysia,” kata seorang netizen. Lucunya, lelaki ini dengan selamba membalas, “Tidak, terima kasih”.
BACA: Berdekah Dengar Lelaki Ni Bebel Pasal “Abang” e-Hailing Malaysia
Sumber: TikTok @timinottimid
The post Lelaki Ni Kongsi Momen Seram Masa “Live” Di Malaysia, Curi Perhatian Ramai appeared first on Siakap Keli.




