Malaysia kerjasama dengan Arab Saudi tambah baik Saudi Visa Bio

20 Oct 2026 • 4:39 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Malaysia kerjasama dengan Arab Saudi  tambah baik Saudi Visa Bio

TANJUNG MALIM: Kerajaan sentiasa bekerjasama dengan Arab Saudi untuk menambahbaik aplikasi Saudi Visa Bio yang digunakan untuk permohonan visa umrah dan haji.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr. Zulkifli Hasan berkata, beliau sedia maklum kesukaran yang dihadapi oleh bakal jemaah haji negara apabila memohon visa haji menerusi aplikasi tersebut terutama semasa proses imbasan cap jari.

“Berhubung dengan isu visa dan biometrik yang menjadi sedikit aduan terutamanya melibatkan proses imbasan cap jari, pihak berkuasa sentiasa memberikan penambahbaikan dari semasa ke semasa.

“Pihak kerajaan Arab Saudi telah pun melaksanakan pelbagai penambahbaikan dan maklum balas daripada pengguna juga diambil kira bagi memastikan proses ini menjadi lebih lancar,” katanya.

Beliau ditemui pemberita pada Majlis Penyampaian Anugerah & Hadiah Sastera Dan Bahasa Budiman Malaysia 2026 (HASBUDI) 1.0. di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Kampus Sultan Azlan Shah di sini hari ini.

Zulkifli berharap isu permohonan visa umrah tersebut tidak menganggu kelancaran persiapan bakal jemaah haji negara pada tahun depan.

Berhubung persiapan haji musim 1448H/2027M, Zulkifli berkata, Tabung Haji telah memulakan proses itu peringkat awal lagi dengan penilaian keseluruhan selepas musim haji sebelum ini.

Jelasnya, satu persidangan haji yang menghimpunkan menteri-menteri agama dan haji dijadualkan berlangsung di Arab Saudi pada bulan depan bagi membincangkan persiapan musim haji 1448H/2027M.

Kuota rasmi jemaah haji Malaysia yang ditetapkan kerajaan Arab Saudi bagi musim 1448H/2027M seramai 31,600 orang.

Majoriti mereka berumur 50 hingga 60 tahun ke atas berdasarkan pelaksanaan dasar pendaftaran awal. – UTUSAN

The post Malaysia kerjasama dengan Arab Saudi tambah baik Saudi Visa Bio appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved