Malaysia kesal Norway batal permit eksport peluru berpandu saat akhir - Fahmi

LocalPolitics
13 May 2026 • 4:02 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

KUALA LUMPUR, 13 MEI: Kerajaan Malaysia menzahirkan rasa kesal terhadap tindakan kerajaan Norway yang tidak meluluskan permit eksport bagi perolehan peluru berpandu dari negara tersebut pada saat akhir.

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata keputusan itu menyebabkan syarikat dari Norway yang terlibat tidak dapat meneruskan pembekalan seperti dipersetujui, walaupun kontrak perolehan berkenaan telah dimeterai sejak 2018.

Beliau berkata kontrak tersebut telah dilaksanakan tanpa sebarang isu, dengan semua pembayaran dibuat mengikut jadual.

“Kerajaan Malaysia sama sekali tidak dapat menerima alasan yang dikemukakan oleh kerajaan Norway," katanya pada sidang media mingguan yang diadakan di Angkasapuri, di sini, hari ini.

Fahmi yang juga jurucakap Kerajaan MADANI berkata kerajaan kini sedang mengambil tindakan melalui saluran diplomatik selain mempertimbangkan langkah susulan dari sudut perundangan kerana perkara berkaitan perancangan pertahanan negara melibatkan kepentingan strategik yang tidak boleh dikompromi.

BERITA LANJUT MENYUSUL…

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved