Malaysia Kini Di Ranking 147 Dunia

23 Jun 2022 • 8:32 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Skuad Harimau Malaya sebelum ini menduduki tangga ke-154 dunia pada ranking yang dikeluarkan Mac lepas. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

KUALA LUMPUR - Kejayaan skuad Harimau Malaya layak secara merit ke Piala Asia 2023 membantu melonjakkan Malaysia tujuh anak tangga untuk menduduki tempat ke-147 dalam ranking terbaharu Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) hari ini.

Skuad Harimau Malaya sebelum ini menduduki tangga ke-154 dunia pada ranking sebelum ini yang dikeluarkan Mac lepas.

Pasukan kendalian Ketua Jurulatih, Kim Pan Gon mencipta sensasi apabila berjaya menamatkan penantian lebih empat dekad dengan melayakkan diri secara merit ke Piala Asia 2023 selepas membenam Bangladesh 4-1 dalam aksi terakhir Kumpulan E Kelayakan Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil, baru-baru ini.

Kali terakhir Malaysia membuat penampilan di Piala Asia adalah pada edisi 2007 ketika menjadi tuan rumah bersama, namun sudah 42 tahun pasukan negara gagal layak secara merit sejak edisi 1980 di Kuwait.

Sementara itu, juara Piala Dunia lima kali, Brazil kekal mendominasi ranking FIFA diikuti Belgium, Argentina, Perancis dan England bagi kedudukan lima teratas. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved