Malaysia kontinjen keempat terbesar di Terbuka India

16 Jan 2023 • 8:44 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

NEW DELHI: Malaysia dengan 14 pemain lelaki dan sembilan pemain wanita menjadi kontinjen keempat terbesar pada kejohanan badminton Terbuka India 2023.

China mempunyai wakil paling ramai iaitu 30 pemain, diikuti Jepun dengan 29 pemain dan Indonesia seramai 25 pemain.

Menurut penganjur, seramai 242 pemain dari 22 negara akan menyertai kejohanan yang berlangsung di Stadium Tertutup Indira Gandhi, di sini bermula esok hingga 22 Jan.

Viktor Axelsen dari Denmark, yang menjuarai Terbuka Malaysia semalam, Anthony Sinisuka Ginting (Indonesia), Lee Zii Jia (Malaysia), P.V. Sindhu (India) dan Carolina Marin (Sepanyol) adalah antara pemain utama dunia yang akan beraksi pada kejohanan itu.

Pemain Malaysia lain dalam saingan itu adalah Ng Tze Yong, Soong Joo Ven (perseorangan lelaki), Goh Jin Wei (perseorangan wanita), Aaron Chia-Soh Wooi Yik (beregu lelaki), Pearly Tan-M. Thinaah (beregu wanita), Hoo Pang Ron-Teoh Mei Xing, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, Tan Kian Mei-Lai Pei Jing dan Goh Soon Huat Shevon Lai Jemie.

Terbuka India telah dinaikkan kepada status Super 750 tahun ini. -Bernama