Malaysia kutuk serangan berulang ke atas al-Quran di Denmark

1 Apr 2023 • 8:17 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan keji yang berulang terhadap al-Quran di Denmark dengan insiden terbaru berlaku pada Jumaat.

PUTRAJAYA - Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan keji yang berulang terhadap al-Quran di Denmark dengan insiden terbaru berlaku pada Jumaat.

Menurut Kementerian Luar (Wisma Putra), serangan serupa pada 24 Mac menunjukkan jenayah kebencian terhadap kitab suci Islam yang dilakukan pada Ramadan itu ternyata membelakangkan sensitiviti umat Islam di seluruh dunia.

"Kami menggesa kerajaan Denmark supaya tidak mengklasifikasikan jenayah kejam ini sebagai kebebasan bersuara, sebaliknya mengambil tindakan segera terhadap pelaku yang menyebarkan kebencian dan hasutan untuk keganasan,” kata Wisma Putra menerusi Twitter.

Media sejak beberapa bulan kebelakangan ini melaporkan beberapa perbuatan membakar al-Quran atau percubaan untuk melakukannya oleh tokoh atau kumpulan Islamofobia di utara Eropah dan negara-negara Nordik.

Sejak itu perbuatan mencemarkan al-Quran telah mencetuskan kemarahan dan kecaman di seluruh dunia dan menggesa supaya kebenaran untuk melakukan protes ke atas Islamofobia perlu dihentikan. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved