
PETALING JAYA: Malaysia berharap penyertaannya dalam Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di Shenzhen pada 18 hingga 19 November ini bakal membuka peluang baharu untuk memperkukuh kerjasama ekonomi dengan China.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau turut merakamkan penghargaan atas sambutan yang diterimanya sepanjang lawatan ke China ketika bertemu rakan sejawatnya, Li Qiang.
Katanya, Malaysia turut menantikan Sidang Kemuncak Ketua Pegawai Eksekutif APEC yang akan dihoskan oleh Presiden China, Xi Jinping.
“Saya merakamkan penghargaan atas sambutan mesra serta layanan baik sepanjang lawatan saya ke Hangzhou dan Shanghai.
“Sambutan tersebut mencerminkan eratnya hubungan persahabatan antara Malaysia dan China,” katanya dalam kenyataan hari ini. – UTUSAN
The post Malaysia mahu perkukuh kerjasama ekonomi dengan China di APEC appeared first on Utusan Malaysia.





