Malaysia mampu jadi hab petroleum serantau

LocalBusiness & Finance
17 Oct 2026 • 9:39 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Malaysia mampu jadi hab petroleum serantau

KUALA LUMPUR – Malaysia perlu memperkukuh keupayaan pedagang petroleum tempatan menerusi akses pembiayaan dan latihan industri bagi merealisasikan aspirasi menjadi hab perdagangan petroleum serantau.

Pakar industri petroleum tempatan, Jeyenderan M Ramasamy berkata, sokongan institusi kewangan dan pembangunan kepakaran tempatan penting bagi membolehkan lebih ramai pedagang Malaysia bersaing dalam pasaran petroleum antarabangsa.

Menurutnya, kemudahan pembiayaan bank menjadi antara keperluan utama kerana perdagangan petroleum memerlukan modal besar untuk pembelian kargo serta memenuhi komitmen perniagaan.

“Tanpa bank menyediakan kemudahan pembiayaan, tidak ada gunanya bercakap mengenai perdagangan di Malaysia,” katanya dalam kenyataan.

Jeyenderan yang mempunyai pengalaman 28 tahun dalam bidang perdagangan berkata, pedagang tempatan juga perlu menguasai pengetahuan mengenai pembiayaan antarabangsa, pengurusan modal dan risiko perubahan harga petroleum.

Kata Ketua Pegawai Eksekutif Maritime Network Sdn. Bhd. itu, perubahan kecil harga petroleum boleh membawa keuntungan atau kerugian besar apabila urus niaga melibatkan jumlah kargo yang tinggi.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan program latihan selama enam bulan untuk pelajar sarjana dan PhD bagi meningkatkan kemahiran dalam pengurusan kewangan, prosedur mengenali pelanggan (KYC), usaha wajar serta pengurusan risiko perdagangan.

“Matlamat saya adalah mendidik mereka mengenai kaedah perdagangan dan pembiayaan antarabangsa yang betul. Menjadi pedagang yang cekap memerlukan lebih daripada sekadar pengetahuan mengenai pasaran petroleum.

“Kerjasama antara universiti, pemain industri, Petronas dan institusi kewangan juga penting bagi melahirkan lebih ramai pedagang tempatan yang berkemahiran,”katanya.-KOSMO! ONLINE

The post Malaysia mampu jadi hab petroleum serantau appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved