
Malaysia Menang Bergaya 3-0, Tundukkan Maldives
Harimau Malaya berjaya menundukkan pasukan Maldives dalam Perlawanan Antarabangsa Tier 1 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras dengan keputusan 3-0.
Skuad yang diterajui oleh jurulatih Kim Pan Gon dari Korea Selatan itu dengan garang telah berjaya menumpaskan pasukan Maldives dengan berkelebihan tiga jaringan gol pada secara keseluruhannya.

Gol pertama skuad kebangsaan berjaya disumbangkan oleh Darren Lok pada minit ke 24 pada separuh masa pertama. Gol kedua Harimau Malaya pula berjaya dijaringkan oleh Faisal Halim pada minit ke 64.
Lebih manis lagi apabila Lee Tuck berjaya menjarakkan kedudukan dengan menjaringkan gol ketiga untuk Harimau Malaya.
Perlawanan persahabatan antarabangsa antara Malaysia menentang Maldives adalah bertujuan untuk mempersiapkan skuad Harimau Malaya dalam persaingan kemuncak Piala AFF Mitsubishi Electric. Piala AFF itu dijangka akan berlangsung bermula 20 Disember ini.
Tahniah kepada skuad Harimau Malaya.
Sumber: FAM Twitter
The post Malaysia Menang Bergaya 3-0, Tundukkan Maldives appeared first on Siakap Keli.

