Malaysia Menduduki Tangga Ke-3 Paling Ramai Orang Single Di Asia Tenggara

14 Feb 2024 • 12:46 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Malaysia negara ketiga tertinggi kadar bujang Asia Tenggara

Malaysia Menduduki Tangga Ke-3 Paling Ramai Orang Single Di Asia Tenggara. Kajian mengenai status hubungan individu di serata Asia Tenggara telah memberikan gambaran tentang landskap sosial yang semakin berkembang di Malaysia, di mana negara ini menduduki tangga ketiga dengan bilangan individu bujang tertinggi.

Menurut perkongsian data oleh SeaAsia Stats, sebanyak 44.68% penduduk Malaysia dikenal pasti masih bujang, bercerai, berpisah, atau janda.

image is not available
Malaysia Menduduki Tangga Ke-3 Paling Ramai Orang Single Di Asia Tenggara. Sumber foto: Facebook

Statistik ini menempatkan Malaysia di belakang Filipina dan Brunei dalam kalangan negara Asia Tenggara, menurut laporan.

Data tersebut menggariskan beberapa faktor penyumbang kepada peningkatan individu bujang di Malaysia, antaranya pandangan terhadap perkahwinan, peningkatan taraf ekonomi dan keperluan sosial mereka yang masih bujang.

Difahamkan individu lebih mengutamakan ruang peribadi

Dalam pada itu, ahli sains sosial dan pakar menegaskan bahawa trend ini mencerminkan transformasi yang lebih meluas dalam masyarakat Malaysia, di mana individu semakin mengutamakan ruang peribadi, penjagaan kesihatan dan kesejahteraan emosi berbanding tanggapan tradisional tentang perkahwinan dan tanggungjawab berkeluarga.

Baca juga artikel terkini: