Malaysia Menjadi ‘Juara’ Dalam Senarai Negara Paling Mudah Kena ‘Scam’ Secara Atas Talian

LocalTechnology
19 Nov 2024 • 11:30 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Menerusi Asia Scam Report 2024 yang dikeluarkan oleh Global Anti-Scam Alliance, Malaysia mempunyai kadar penipuan semula dalam talian tertinggi di Asia, dengan mangsa disasarkan semula lebih 2.5 kali secara purata.

Berdasarkan laporan itu, Hong Kong menduduki tempat kedua manakala negara jiran, Thailand berada di tempat yang ketiga.

image is not available

Ketua Kelestarian CelcomDigi, Philip Ling, berkata terdapat dua isu utama yang membimbangkan, pertama adalah mangsa yang sering menjadi sasaran semula oleh scammer dan kedua adalah kebolehan mangsa untuk membezakan penipuan yang menggunakan teknologi AI sangat lemah.

Masalah utama ialah mangsa tidak belajar daripada pengalaman. Mereka mudah diperdaya semula kerana tidak dapat membezakan sama ada individu yang menghubungi mereka adalah pihak berkuasa sebenar atau palsu.

Tambah Ling lagi, kebanyakan mangsa ‘scam’ tidak mendapat sistem sokongan yang mencukupi daripada keluarga atau masyarakat sekeliling.

Mangsa sering kali rasa takut, malu, dan tidak tahu di mana mereka boleh mendapatkan bantuan. Ini menjadikan mereka lebih terdedah kepada serangan berulang.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2 weeks ago

"Nak Jadi 'Scammer' Silalah Bijak Sikit!" - Fadzil Zahari 'Melayan' Penipu Atas Talian, Minta Orang Ramai Peka Dengan Modus Operandi