Kembali Ke Jakarta, Ameera Khan Kongsi Momen Makan-Makan Bersama Jefri Nichol - “So Happy To Be Back!”

14 Nov 2024 • 12:25 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Personaliti media sosial, Ameera Khan difahamkan sedang berada di negara jiran, Indonesia.

Makan bersama Jefri Nichol

Menerusi hantaran di Instagram Story, Ameera atau lebih mesra disapa Little Miss Khan memuat naik semula (repost) hantaran individu yang dikenali sebagai Siena Inocberia Handani.

“Selamat datang semula ke Jakarta, Little Miss Khan,” tulis Siena.

Malah, menerusi gambar yang di muat naik itu, dapat dilihat, adik kepada selebriti Neelofa sedang berada di sebuah restoran sambil ditemani pelakon kacak Indonesia, Jefri Nichol.

Kata Ameera, dia sangat gembira dapat kembali ke Jakarta di samping bertemu dengan kenalan rapat.

“Sangat gembira untuk kembali ke Jakarta dengan kehadiran kamu di sisi.

“Love you, Siena sayang,” balasnya. 

 

Terdahulu, Ameera Khan dan Jefri didakwa pernah menyulam cinta namun hubungan percintaan mereka dikhabarkan terputus di tengah jalan sekitar Oktober 2021 setelah Ameera tidak lagi mengikuti Jefri di laman IG.

Namun pada penghujung Mac tahun lalu, pasangan ini kembali menjadi perhatian apabila Ameera menerima panggilan video dari Jefri ketika berada di dalam kereta sekali gus menguatkan lagi dakwaan cinta mereka kembali bertaut.

Imbas kembali, tular satu rakaman video sesi siaran langsung Ameera memaklumkan dirinya lebih tertarik dengan lelaki Indonesia kerana menganggap mereka lebih romantik dan lemah lembut apabila berbicara dengan wanita.

Lebih mencuri perhatian apabila Jefri difahamkan turut menonton dan meninggalkan komen sewaktu sesi siaran langsung tersebut berlangsung.