Malaysia Merekodkan Kematian Pertama Disebabkan Covid-19 Sejak Mei 2024

WorldTechnologyDigitalSpace
20 Jun 2025 • 9:53 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Kita masih belum menang dengan Covid-19 sekadar berubah status daripada pandemik menjadi endemik. Kementerian Kesihatan Malaysia mengeluarkan kenyataan kematian pertama disebabkan oleh Covid-19 pada tahun 2025 direkodkan pada Minggu Epidemiologikal ke-24 (Jun 8-15). Ini adalah kematian pertama disebabkan oleh Covid-18 sejak 26 Mei 2024. Sepanjang 2024, 57 kematian disebabkan Covid-19 direkodkan

image is not available

Individu yang meninggal dunia mempunyai komorbiditi serius, iaitu penyakit jantung dan diabetes, dengan si mati juga tidak mengambil suntikan vaksin penggalak kedua. Tahun ini 21,738 kes Covid-19 dicatatkan dalam negara dengan 6 kes memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dengan kesemuanya adalah pesakit dengan komorbiditi. Empat telah dibenarkan pulang sementara dua lagi dipindahkan ke wad biasa.

Pada minggu ke-24, 3379 kes dicatatkan dan adalah peningkatan 68% berbanding 2011 kes pada minggu ke-23. Sungguhpun begitu KKM mengatakan situasi masih lagi terkawal.

Vaksin penggalak boleh ditempah menerusi aplikasi MySejahtera dengan ia ditawarkan di 151 Klinik Kesihatan KKM di seluruh negara dengan ia meliputi varian terkini virus berbahaya ini. Senarai lengkap kesemua 151 Klinik Kesihatan boleh dilihat di bawah.