(TERKINI) Malaysia Rekod Satu Kematian Libatkan Covid-19 Sejak Mei 2024

20 Jun 2025 • 10:13 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan kematian pertama akibat Covid-19 pada tahun 2025 direkodkan dalam Minggu Epidemiologikal ke-24 (8–15 Jun). Ini merupakan kematian pertama sejak 26 Mei 2024.

Mangsa merupakan individu yang mempunyai masalah kesihatan serius seperti penyakit jantung dan diabetes, serta tidak menerima dos penggalak kedua, memetik Awani.

image is not available

Sehingga kini, sebanyak 21,738 kes Covid-19 telah direkodkan di Malaysia tahun ini, dengan 6 kes kritikal memerlukan rawatan ICU, semuanya melibatkan pesakit berkomorbid. Empat telah sembuh dan dua lagi dipindahkan ke wad biasa.

Minggu ke-24 menyaksikan lonjakan kes sebanyak 68%, dengan 3,379 kes berbanding 2,011 pada minggu sebelumnya. Namun, KKM menegaskan situasi masih terkawal.

Orang ramai digalakkan untuk mendapatkan suntikan vaksin penggalak terkini, yang kini ditawarkan di 151 Klinik Kesihatan KKM di seluruh negara melalui aplikasi MySejahtera. Vaksin ini turut meliputi perlindungan terhadap varian baharu Covid-19.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 15 hours ago

"Saluran Ini Tidak Boleh Dipapar.." - 'Channel' Telegram Edisi Siasat & Edisi Khas Sudah Tidak Boleh Diakses