China ialah kuasa besar dunia dalam pengeluaran bateri yang digunakan kenderaan elektrik (EV). Dianggarkan China kini memegang 70% pengeluaran bateri EV global dengan mereka juga menjadi peneraju teknologi terkini dunia. Bagi memastikan industri tempatan tidak ketinggalan mengikuti gelombang EV global, Malaysia juga mula mengeluarkan bateri rekaan sendiri tahun ini menurut laporan Nikkei Asia.

Pengeluaran kecil-kecilan bateri EV ini dilakukan oleh Gigafactory Malaysia yang merupakan anak syarikat NanoMalaysia Bhd, di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). Ini sekaligus menjadikan Malaysia negara pertama di Asia Tenggara mengoperasikan kilang pengeluaran teknologi bateri tempatan.
Bateri yang dibangunkan adalah dari jenis NMC (nikel-mangan-kobalt)tetapi dipertingkat dengan grafen yangboleh meningkatkan kapasiti simpanan sehingga tiga kali ganda. Gigafactory kini menyasarkan pengeluaran pada skala megawatt-jam (MWh) bermula seawal September 2026.




