Malaysia Pengguna Kod QR Kedua Tertinggi Di Dunia, Hanya 1% Kurang Daripada China

LocalTechnology
20 Mar 2025 • 2:50 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Tidak dinafikan penggunaan kod QR untuk melakukan pembayaran sangat memudahkan dan memang ramai kini memilih untuk tidak memegang wang tunai selain untuk keselamatan.

Meskipun tidak sesuai untuk semua kawasan dan peringkat umur, namun secara global, penggunaan kod QR dilaporkan meningkat sehingga 50.8% pada suku ketiga tahun 2024.

Menurut laporan Datareportal, Malaysia merupakan negara kedua tertinggi yang menggunakan kod QR dengan peratusan sebanyak 66%.

image is not available

Sementara itu, Thailand menduduki tempat ketiga dengan 61.5%, diikuti Argentina (61%), Brazil (60%), Vietnam (58%), Switzerland (57.7%), Taiwan (57.4%), Sweden (54.9%) dan Colombia (54.8%).

Dari segi usia pula golongan yang paling ramai menggunakan kod QR pula adalah individu berusia dalam lingkungan 35 tahun hingga 44 tahun.

Hasil kajian itu turut menunjukkan sebanyak 54.4% pengguna kod QR merupakan adalahgolongan wanita manakala lelaki pula sebanyak 53.3%.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 9 months ago

Kajian: Kualiti Jalan Raya Di Malaysia Diperakui Antara Yang Terbaik Di Dunia