Malaysia Perlu Tanggung RM8.9 Billion Lagi Hutang 1MDB – MOF

LocalBusiness & Finance
9 Jul 2026 • 2:31 PM MYT
Intraday
Intraday

Media Pasaran Kewangan No.1 dalam Bahasa Malaysia

Malaysia Perlu Tanggung RM8.9 Billion Lagi Hutang 1MDB – MOF

Kerajaan Malaysia masih perlu menjelaskan baki hutang sebanyak RM8.9 bilion yang berkaitan dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), menurut Timbalan Menteri Kewangan, Liew Chin Tong.

Menurut beliau, liabiliti tersebut melibatkan sukuk yang dijamin kerajaan dan akan matang pada tahun 2039. Daripada jumlah itu, kerajaan masih perlu membayar RM5 bilion bagi prinsipal serta RM3.9 bilion lagi dalam bentuk faedah.

Sehingga akhir Jun, kerajaan telah membayar sebanyak RM42.5 bilion untuk menyelesaikan komitmen kewangan berkaitan 1MDB. Dalam tempoh sama, kerajaan berjaya mendapatkan semula aset dan dana bernilai RM31.3 bilion hasil usaha pemulihan aset.

Bagaimanapun, jika tiada lagi pemulihan aset berjaya dilakukan pada masa hadapan, kerajaan dijangka menanggung kerugian bersih sekitar RM20.1 bilion.

Skandal 1MDB yang melibatkan penyelewengan dana berbilion ringgit sebelum ini mencetuskan siasatan di beberapa negara. Bekas Perdana Menteri, Najib Razak, kini sedang menjalani hukuman penjara selepas disabitkan bersalah dalam kes berkaitan 1MDB.

Sementara itu, ahli perniagaan Low Taek Jho (Jho Low) yang didakwa sebagai dalang utama skandal tersebut masih belum berjaya dikesan walaupun pelbagai usaha membawa pulangnya telah dilakukan.

Dalam perkembangan sama, Liew turut menafikan dakwaan bahawa Jho Low dan satu delegasi dari China memasuki Malaysia tahun lalu untuk mengadakan rundingan penyelesaian berkaitan kes tersebut.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved