MOTAC Terbuka Jadikan Festival Air Sebagai Acara Tahunan, Kata Tiong

LocalTravel
24 Jun 2026 • 1:28 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Image from: MOTAC Terbuka Jadikan Festival Air Sebagai Acara Tahunan, Kata Tiong

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) memaklumkan pihaknya terbuka untuk menjadikan apa-apa acara berskala besar yang memberi impak positif terhadap sektor pelancongan sebagai acara tahunan di ibu kota, Kuala Lumpur.

Ini termasuklah termasuk Festival Air (Water Music Festival) yang dianjurkan julung kalinya pada 30 April sehingga 2 Mei lalu di bawah MOTAC.

Baca Artikel Berkaitan: Festival Rain Rave Jana Pulangan Lebih RM390 Juta, Kata Tiong King Sing

Perlu Teliti Dahulu Impak Acara Sebegini Terhadap Ekonomi & Peniaga – Tiong

Bagaimanapun menurut menterinya, Datuk Seri Tiong King Sing, cadangan terbabit perlu mengambil kira impak dan agihan ekonomi yang dinikmati oleh perniagaan setempat.

Memetik Berita Harian, penilaian juga perlu merangkumi keupayaan pihak berkaitan bagi mengendalikan isu logistik sebagai contoh kesesakan lalu lintas awam ketika acara berlangsung, manfaat promosi kepada negara, serta sejauh mana acara tersebut mematuhi visi pelancongan negara.

“Berhubung dengan cadangan menjadikan Festival Air (Water Music Festival) sebagai acara tahunan pula, kerajaan pada dasarnya sentiasa terbuka untuk mempertimbangkan apa jua acara yang berpotensi memacu agenda pelancongan negara.

“Namun, kelulusan untuk menjadikannya acara tahunan perlu bersandarkan kepada penilaian menyeluruh,” katanya menerusi jawapan bertulis disiarkan di laman web Parlimen.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bintulu itu berkata demikian untuk menjawab pertanyaan mengenai pelan kerajaan bagi menjadikan Kuala Lumpur sebagai hab utama industri hiburan serantau dan sama ada kerajaan bercadang untuk mengangkat Festival Rain Rave sebagai acara tahunan.

Image from: MOTAC Terbuka Jadikan Festival Air Sebagai Acara Tahunan, Kata Tiong

Festival Rain Rave Menyumbang Kepada Ekonomi Negara Termasuk Penggiat Seni & Pengusaha F&B – Tiong

Jelas Tiong, penganjuran Festival Rain Rave yang telah menarik kira-kira 150,000 pengunjung domestik dan 100,000 itu telah memberi manfaat kepada penggiat seni, menyumbang kepada ekonomi termasuklah sektor perhotelan, pengusaha makanan dan minuman (F&B), syarikat pengangkutan, serta perniagaan kecil.

Pada masa yang sama, kerajaan memastikan ekonomi rakyat terus dilindungi menerusi peruntukan RM200 juta untuk Projek Lestari Niaga dan diskaun sewa sehingga 50% kepada penjaja Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing

Festival Rain Rave Kutip Pulangan RM392 Juta

Sebelum ini, Tiong mendedahkan bahawa penganjuran pesta air tersebut telah menjana pulangan ekonomi melebihi RM392 juta.

Ia sekaligus membawa pulangan kepada ekonomi negara sebanyak RM320.43 juta manakala penganjuran di enam lokasi lain iaitu Terengganu, Melaka, Labuan, Negeri Sembilan, Johor dan Langkawi telah menjana sebanyak RM71.9 juta.

Baca Artikel Berkaitan: 79 Hotel Di Seluruh Negara Tawar Diskaun Hingga 70% Sempena Hari Pekerja & Rain Rave Festival 2026

Baca Artikel Berkaitan: “Pesta Air Cadangan Paling Bod*h” – Akmal Gesa PM Batalkan Rain Rave Music Festival, Gugurkan Menteri Pelancongan

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved