Malaysia raih potensi pelaburan RM905 juta hasil lawatan PM Anwar ke China

LocalBusiness & Finance
3 Sep 2025 • 5:11 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Lawatan empat hari Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke China membuahkan hasil apabila Malaysia berjaya raih potensi pelaburan bernilai RM905 juta selain potensi eksport mencecah RM2.2 bilion dalam tempoh satu hingga dua tahun akan datang.

image is not available

Malaysia raih potensi pelaburan dan juga eksport

Memetik laporan daripada Berita Harian, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menyatakan pelaburan tersebut sebahagian besarnya merangkumi sektor kimia dan telekomunikasi.

“Malaysia turut memperoleh potensi eksport bernilai RM108 juta melalui gergasi e-dagang China, JD.com.

Hasil daripada itu, wujud potensi eksport bernilai RM2.2 bilion dalam tempoh satu hingga dua tahun akan datang.

Terdapat juga peningkatan dalam perdagangan semikonduktor antara Malaysia dan China,” katanya.

 

Raih potensi pelaburan selepas pertemuan dengan syarikat gergasi di China

Antara pelaburan terbesar datang daripada Rianlon Corporation, peneraju global dalam sektor polimer anti-penuaan dan kosmetik, yang menyatakan komitmen untuk membangunkan kilang pembuatan serta fasiliti R&D di Johor dengan nilai RM820 juta.

image is not available

Selain itu, Anwar turut bertemu JD.com yang mempunyai lebih 580 juta pelanggan di China. Syarikat e-dagang gergasi itu bukan sahaja mahu memperluaskan operasi di Malaysia, malah berhasrat membeli lebih banyak produk tempatan untuk dipasarkan di pasaran China.

Turut bincang projek ECRL

Dalam masa sama, Anwar juga mengadakan pertemuan dengan China Communications Construction Company Limited (CCCC) bagi membincangkan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

image is not available

Menutup lawatan rasmi tersebut, Anwar menyampaikan ucapan pada Dialog Perniagaan Peringkat Tinggi Malaysia-China, dengan menekankan kestabilan Malaysia serta strategi jelas menjadikan negara ini destinasi pelaburan menarik di rantau ini.

Sumber: Berita Harian (Najmuddin Najib)