Malaysia sasar luaskan pasaran sawit ke Afrika

LocalBusiness & Finance
15 Oct 2026 • 2:43 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Malaysia sasar luaskan pasaran sawit ke Afrika
Noraini (empat dari kanan) menuang daun teh kenaf ke dalam logo karnival sebagai simbolik pelancaran. FOTO SINAR HARIAN - ADILA SHARINNI WAHID
Image from: Malaysia sasar luaskan pasaran sawit ke Afrika
Warga UMK bergambar bersama dengan kenamaan pada karnival di Jeli. FOTO SINAR HARIAN - ADILA SHARINNI WAHID

JELI – Malaysia menyasarkan peluasan pasaran eksport sawit ke Afrika dengan Kenya dikenal pasti sebagai pintu masuk utama ke pasaran benua itu.

Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata, Afrika menjadi antara tumpuan baharu kementerian selain usaha meningkatkan permintaan di India, yang merupakan pasaran utama sawit Malaysia.

Menurutnya, Kenya ialah antara empat pasaran yang menjadi fokus perdagangan sawit negara selain India, Kesatuan Eropah (EU) dan China.

“Kementerian merancang melaksanakan misi perdagangan ke Kenya bagi meneroka peluang pasaran serta mengukuhkan kedudukan sawit Malaysia di rantau Afrika.

“Kenya adalah pintu masuk kepada Afrika dan insya-ALLAH misi perdagangan akan dilaksanakan selepas ini,” katanya.

**media[3678943]**

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Perasmian Karnival Industri Asas Tani 2026 (AGX’26) di Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Kampus Jeli di sini pada Khamis.

Dalam pada itu, Noraini berkata, kementerian turut memberi tumpuan kepada pembangunan produk hiliran sawit bagi meningkatkan nilai tambah industri berkenaan selain memperluas pasaran eksport.

“Selain itu, sasaran kami adalah meningkatkan permintaan di India dan juga produk hiliran kerana nilai tambah yang sangat banyak,” katanya.

Tambah beliau, usaha meneroka pasaran baharu itu selari dengan kepentingan industri sawit negara.

“Malaysia akan terus memperkukuh hubungan perdagangan dan mengenal pasti peluang baharu bagi memastikan industri sawit negara kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved