Malaysia Sedia Jadi Tuan Rumah Bagi Sukan Universiti Asean 2026

25 Jun 2024 • 11:41 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bersedia menjadi tuan rumah bagi penganjuran temasya Sukan Universiti Asean (AUG) bagi tahun 2026.

Menurut satu laporan Berita RTM, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Mustapha Sakmud berkata, perkara tersebut telah dipersetujui dan diluluskan oleh Jemaah Menteri pada Khamis lepas.

image is not available

Foto: FB KPT

“Kita mahu pastikan Malaysia supaya menjadi tarikan pelancongan ASEAN dan dunia”, katanya.

Beliau berkata demikian semasa sesi beramah mesra bersama kontinjen negara yang akan beraksi di AUG 2024 di Surabaya, Indonesia.

Mustapha berkata, negara komited untuk memastikan fasiliti dan kelengkapan venue ditambah baik bagi persediaan tersebut, namun keputusan akhir sama ada Malaysia dipilih atau tidak menjadi tuan rumah akan ditentukan dalam mesyuarat teknikal Majlis Sukan Universiti ASEAN (AUSC) di Surabaya hari ini.

image is not available

Foto: FB KPT

Sementara itu, Ketua jurulatih Mohd Noriszam Abu Bakar pula berkata skuad Petanque negara menyasarkan dua pingat emas pada temasya kali ini menerusi dua acara iaitu acara beregu dan individu wanita.

“Dua pemain berpengalaman Sharifah Afiqah dan Syed Fakhri antara sandaran utama,” ujarnya.

Mohd Norisyam turut memberitahu Kedua-dua atlet berkenaan sebelum ini sudah pernah membuat penampilan semasa Sukan SEA pada 2022 dan 2023 lepas.

“Kita ada atlet yang sudah ada pengalaman beraksi di AUG. Kita juga ada atlet baharu. Kita ada potensi untuk menang kali ini,” jelasnya.

Beliau juga yakin dan percaya bahawa anak buahnya tersebut mampu merealisasikan sasaran dua lagi pingat emas itu.

image is not available

Foto: FB KPT

Untuk makluman, Malaysia sebelum ini sudah tiga kali menjadi tuan rumah bagi menganjurkan AUG iaitu pada 1984, 1993 dan 2008.

Sumber: Berita RTM