Malaysia Semiconductor IC Design Park Kini Mempunyai Lebih 200 Penyelidik Dan Jurutera, Akan Mencapai Angka 400 Pada Penghujung 2026

LocalTechnology
19 Nov 2025 • 3:12 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Malaysia Semiconductor IC Design Park ialah sebuah hab pembangunan teknologi semikonduktor yang telah beroperasi sejak Ogos 2024 di Puchong Financial Corporate Center dan baru-baru ini telah membuka lokasi kedua di Cyberjaya untuk tujuan akademik dan melatih jurutera dan penyelidik teknologi semikonduktor masa hadapan.

image is not available

Dibangunkan oleh Selangor Information Technology & Digital Economy Corporation (Sidec), hab semikonduktor yang terletak di Puchong Financial Corporate Center kini merumahkan sebanyak 14 syarikat pembangun teknologi semikonduktor tempatan yang termasuklah lebih dari 200 penyelidik dan jurutera teknologi semikonduktor tempatan.

image is not available

Syarikat-syarikat ini termasuklah MaiStorage, Infinecs, Tenasic Technology, Skyechip, Cortical Labs, Oppstar, Weeroc Space, WyseTime, Synopsys, Intelligent Circuit Engineering, JumpWin, Alphaswift, FirstChip dan Chip Inventor yang membangunkan pelbagai jenis teknologi berkaitan semikonduktor, dari memori, storan, kelengkapan peranti berhubung IoT, dron, kamera dan sebagainya.

image is not available

Dalam pada itu, dengan pembukaan cabang baru Malaysia Semiconductor IC Design Park di Cyberjaya, pihak Sidec juga bekerjasama dengan pusat pengajian tinggi tempatan untuk latihan teknikal dan industri buat para siswa dan siswazah tahun terakhir untuk mendapatkan pengalaman industri sebelum melangkah ke dunia pekerjaan.

image is not available

Pihak Sidec juga mengatakan bahawa menjelang penghujung 2026, Malaysia Semiconductor IC Design Park akan merumahkan seramai 400 penyelidik dan jurutera cip semikonduktor di hab utama di Puchong.