
PUTRAJAYA: Kerajaan Malaysia menyerahkan sumbangan sebanyak AS$150,000 kepada Kerajaan Venesuela bagi menyokong usaha pemulihan dan pembangunan semula susulan kejadian gempa bumi yang melanda negara itu.
Penyerahan sumbangan itu disampaikan , Timbalan Ketua Setiausaha (Hubungan Dua Hala), Kementerian Luar, Datuk Syed Mohamad Hasrin Tengku Hussin kepada Duta Besar Venezuela ke Malaysia, Radamés Jesús Gómez Azuaje, hari ini.
Menurut kenyataan Wisma Putra, sumbangan tersebut merupakan tanda solidariti dan sokongan berterusan Malaysia kepada kerajaan dan rakyat Venezuela pada waktu yang mencabar ini.
“Semasa majlis tersebut, ucapan takziah Malaysia disampaikan kepada lerajaan dan rakyat Venezuela, terutamanya kepada mereka yang kehilangan ahli keluarga serta semua yang terjejas akibat bencana tersebut.
“Malaysia turut menyatakan komitmen terhadap bantuan kemanusiaan antarabangsa dan berharap sumbangan tersebut dapat menyokong usaha pemulihan dan pembangunan semula kawasan-kawasan terjejas,” katanya hari ini.
Malaysia akan terus berdiri teguh bersama kerajaan dan rakyat negara berkenaan serta menyokong usaha kemanusiaan antarabangsa dan menangani krisis kemanusiaan atas semangat kerjasama antarabangsa. – UTUSAN
The post Malaysia sumbang AS150,000 kepada Venezuela pemulihan selepas gempa appeared first on Utusan Malaysia.






