“Malaysia Tak Akan Pernah Wujud Tanpa Indonesia” – Kenyataan Aktor Indo Undang Kecaman Netizen [Video]

8 Oct 2026 • 10:42 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Perbalahan antara rakyat Malaysia dan Indonesia sejak belakangan ini dilihat semakin menjadi-menjadi susulan keadaan jerebu dan kejohanan bola sepak Piala ASEAN FIFA 2026.

Isu bertambah teruk apabila jenama Kahf dari Indonesia didakwa telah menyindir negara ASEAN lain termasuk Malaysia dalam satu hantarannya sebelum ini. Meskipun sudah memohon maaf, ramai rakyat Malaysia mula berpakat untuk memboikot Kahf dan produk dari Indonesia sebaliknya memberi sokongan kepada jenama tempatan.

Namun pihak di sana juga dilihat tidak mendiamkan diri. Seperti baru-baru ini, seorang pelakon dan model dari Indonesia dikenali sebagai Boy Hamzah telah mengeluarkan satu kenyataan yang mengundang kemarahan netizen di Malaysia.

‘Boikot Barangan Indonesia Tak Akan Beri Kesan Memandangkan Populasi Indonesia Lebih Tinggi Dari Malaysia’ – Boy Hamzah

Menerusi hantarannya, dia berkata bahawa kempen memboikot barangan Indonesia adalah tidak wajar memandangkan populasi di Malaysia jauh lebih kecil berbanding di negaranya.

“Macam mana nak boikot oleh negara (Malaysia) yang hanya mempunyai 34,000,000 penduduk. Sedangkan kami (Indonesia) ada 290,000,000 jiwa lebih. Jika 34 juta orang Malaysia boikot barang Indonesia, itu sama sekali tak ada memberi kesan,” katanya.

Boy Hamzah Ingatkan Rakyat Malaysia Jangan Jadi ‘Bagaikan Kacang Lupakan Kulit’

Malah dalam hantaran sama, Boy Hamzah turut mengingatkan rakyat Malaysia agar tidak menjadi seperti peribahasa ‘bagai kacang lupakan kulit’. Hal ini kerana dakwanya, negara Malaysia tidak akan pernah wujud tanpa bantuan Indonesia.

“Sebelum ada Malaysia, ada Kesultanan Johor yang yang sampai sekarang masih wujud dan terdapatnya Kesultanan Melaka. Dari mana Melaka ini? Kesultanan Melaka adalah kerajaan yang dibangunkan oleh Sultan Iskandar Shah setelah Kerajaan Temasek kalah perang melawan Majapahit.

“Setelah kalah, Sultan Iskandar Shah melarikan diri ke Semenanjung Tanah Melayu dan mendirikan perkampungan. Lalu sultan itu menyatukan kelompok etnik Negrito dan Senoi serta Proto-Melayu (Melayu Purba) yang kemudian menjadi asas kepada pembentukan Kesultanan Melayu Melaka.”

‘Nenek Moyang Kesultanan Tanah Melayu Dipimpin Oleh Tokoh Indonesia, Malaysia Tak Akan Wujud Tanpa Indonesia’ – Boy Hamzah

Tambah Boy Hamzah lagi, sebelum memeluk Islam dan menggunakan nama Sultan Iskandar Shah, namun sultan tersebut yang pada asalnya bernama Asli Parameswara, seorang tokoh yang berasal dari Sumatera yang kemudian mendirikan Kerajaan Temasek dan akhirnya berubah menjadi Singapura.

“Jadi untuk korang netizen Malaysia. Hai Upin Ipin, korang sudah kalah bahkan sejak awal nenek moyang korang. Nenek moyang korang sahaja dipimpin oleh orang yang berasal dari Indonesia.

“Jika Sultan Iskandar Shah tidak datang ke Semenanjung Tanah Melayu, dan tidak menjadi negara boneka penjajah Inggeris, korang cuma etnik sederhana yang hidup dengan cara berkelompok.

“Patutlah korang selalu tak percaya diri sendiri dan selalu cemburu dengan sejarah, budaya serta kekayaan alam di Indonesia. Walhal pada hakikatnya, korang (Malaysia) tak akan pernah ada (wujud) tanpa Indonesia,” katanya.

Tonton video penuh [DI SINI].

Palembang Belum Diiktiraf Sebagai Wilayah Di Indonesia Pada Zaman Kesultanan Melayu Melaka

Untuk info, menurut The Patriots, Sarjana bersepakat bahawa pentadbir Kesultanan Melayu Melaka, Sultan Iskandar Shah (Parameswara) ialah putera raja Melayu yang berasal dari Srivijaya dan sebilangan kecil pula berkata baginda berasal dari Majapahit.

Memetik hantaran tersebut, keturunan baginda sangat jelas iaitu dari Sang Sapurba, Palembang.

Meskipun Palembang hari ini merupakan salah satu wilayah di Indonesia, namun dakwaan Sultan Iskandar Shah merupakan tokoh Indonesia adalah tidak tepat.

Hal ini kerana pada ketika itu sekitar tahun 1400-1414 (zaman Kesultanan Melayu Melak), Indonesia atau Malaysia belum lagi diiktiraf sebagai sebuah negara sebaliknya digelar sebagai Kepulauan Melayu.

Dalam erti kata mudah, kita tidak boleh sewenangnya ‘claim’ Sultan Iskandar Shah berasal dari Indonesia kerana Palembang pada ketika itu bukannya sebuah wilayah dari Indonesia.

Betul Ke Boikot Tak Akan Beri Kesan Kepada Indonesia?

Sebelum ini, Boy Hamzah juga ada menyentuh tentang boikot yang sedang dilakukan sesetengah rakyat Malaysia sekarang tak akan memberi kesan langsung kepada Indonesia. Persoalannya, betul ke kenyataan tersebut?

Menurut seorang pereka jenama yang selalu mengulas tentang ekonomi dan jenama dikenali sebagai Faiz Razak, meskipun populasi Indonesia lapan kali ganda lebih besar berbanding Malaysia.

Namun dari aspek Purchasing Power Parity (PPP), Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) per kapita Malaysia dijangka mencecah sebanyak $44,119 (kira-kira RM180,252.51) yang jumlahnya 148% lebih tinggi berbanding Indonesia ($17,746).

Untuk info, PPP ialah satu ukuran untuk membandingkan kuasa beli wang antara dua negara.

“Angaran gaji bulanan di Malaysia dapat hampir $US1,000. Di Indonesia, (gaji bulanan) hanya mencecah $US195 iaitu perbezaan sebanyak 400%. Perbezaan ini beri impak dekat harga barang. Sebab pembeli dekat Malaysia ada lebih banyak lebihan duit untuk dibelanjakan. Sebab itulah kenapa jenama (dari Indonesia) boleh jual barang pada harga yang lebih tinggi.”

Menurut beliau, secara kesimpulannya, kuasa beli Malaysia yang lebih tinggi berdasarkan PPP, boikot oleh pengguna Malaysia berpotensi memberi kesan kepada permintaan terhadap produk Indonesia, khususnya bagi perniagaan yang banyak bergantung kepada pasaran Malaysia.

@faizrazakdesign

Jangan tabur pasir dalam periuk nasi sendiri

♬ original sound – Faiz Razak

Tonton video penuh [DI SINI].

Ramai Kecam Video Boy Hamzah Yang Memperendahkan Malaysia

Hantaran Boy Hamzah yang turut dimuat naik semula di laman Threads telah mendapat kritikan ramai. Menurut influencer Zhiddin Aziz, kenyataan dikeluarkan Boy Hamzah hanya akan mengeruhkan lagi perbalahan sedia ada antara Indonesia dan Malaysia.

“Isu Kahf pun belum reda tiba-tiba muncul pula video macam ni daripada artis Indonesia,” katanya.

View on Threads

Berikut antara komen-komen netizen:

Image from: “Malaysia Tak Akan Pernah Wujud Tanpa Indonesia” – Kenyataan Aktor Indo Undang Kecaman Netizen [Video]
Image from: “Malaysia Tak Akan Pernah Wujud Tanpa Indonesia” – Kenyataan Aktor Indo Undang Kecaman Netizen [Video]
Image from: “Malaysia Tak Akan Pernah Wujud Tanpa Indonesia” – Kenyataan Aktor Indo Undang Kecaman Netizen [Video]
Image from: “Malaysia Tak Akan Pernah Wujud Tanpa Indonesia” – Kenyataan Aktor Indo Undang Kecaman Netizen [Video]
Image from: “Malaysia Tak Akan Pernah Wujud Tanpa Indonesia” – Kenyataan Aktor Indo Undang Kecaman Netizen [Video]
Sumber: Threads

Baca Artikel Berkaitan: Piala ASEAN FIFA: Lelaki Warga Indonesia Dikecam Edit Gambar Pijak Agong

Baca Artikel Berkaitan: Muat Naik Posting Seolah-olah Sindir Negara Lain Termasuk Malaysia, Kahf Tampil Mohon Maaf

Baca Artikel Berkaitan: Tular Rakyat Indonesia Edit Foto AI Hina Agong: Kesultanan Langkat Beri Amaran Keras Kepada Pihak Hina Institusi Diraja Malaysia

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved