Malaysia tambah sumbangan A$1juta bantu Palestin 

25 Sep 2026 • 10:46 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Malaysia tambah sumbangan A$1juta bantu Palestin 

PETALING JAYA: Malaysia mengumumkan sumbangan tambahan sebanyak AS$1 juta (RM4.07 juta) kepada Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA) bagi membantu usaha kemanusiaan di Palestin.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, sumbangan itu akan disalurkan secara berperingkat dalam tempoh lima tahun sehingga 2030 iaitu sebanyak AS$200,000 (RM813,700) setahun.

“Kita perlu menyampaikan mesej jelas bahawa kenegaraan Palestin tidak boleh terus menjadi janji tertangguh. 

“Oleh itu, Malaysia mahu Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) memperjuangkan pelaksanaan gencatan senjata serta-merta dan berkekalan,” katanya dalam ucapan intervensi Mesyuarat Penyelarasan Tahunan dan Menteri-Menteri Luar OIC di New York, Amerika Syarikat, hari ini.

Mohamad berkata, Malaysia juga menggesa Israel menghentikan keganasan peneroka di Tebing Barat, pengusiran haram rakyat Palestin di Baitulmaqdis serta sebarang tindakan yang boleh mengubah identiti Baitulmaqdis dan tapak sucinya.

Katanya, OIC berperanan mengambil langkah ke arah merealisasikan negara Palestin merdeka, berdaulat dan berdaya maju selaras dengan penyelesaian dua negara.

“Malaysia juga menggesa negara anggota OIC untuk memberikan sokongan lebih besar dalam melindungi, membina semula dan memperkukuh institusi Palestin.

“Ia bagi memastikan kebertanggungjawaban terhadap pelanggaran undang-undang antarabangsa oleh Israel, termasuk dakwaan genosid, jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan, serta menuntut pampasan yang sewajarnya untuk rakyat Palestin,” katanya.- UTUSAN

The post Malaysia tambah sumbangan A$1juta bantu Palestin  appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved