Malaysia tekad jayakan Sidang Kemuncak ASEAN dengan lancar dan bermakna - Anwar

LocalPolitics
26 Oct 2025 • 8:22 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

KUALA LUMPUR, 26 OKT: Malaysia beriltizam memastikan penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) yang bermula hari ini hingga 28 Okt berjalan dengan lancar dan mencapai hasil yang bermakna.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata sidang kemuncak berkenaan penting bagi memperkukuh perpaduan, memacu pertumbuhan serantau serta menegaskan peranan ASEAN sebagai pusat kestabilan dan kemakmuran.

“Mohon titipan doa daripada seluruh rakyat agar segala urusan dipermudah-Nya, insya-Allah,” katanya menerusi hantaran Facebook, hari ini.

Anwar menghadiri pramesyuarat sebagai persiapan terakhir menjelang sidang kemuncak berkenaan di bawah kepengerusian Malaysia, malam tadi.

Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan di bawah Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 dengan tema “Keterangkuman dan Kemampanan”, menjadi antara perhimpunan terbesar dalam sejarah blok itu.

Tahun ini menandakan kali kelima Malaysia memegang tampuk Kepengerusian ASEAN sejak penubuhan badan serantau itu pada 1967.

Malaysia sebelum ini mempengerusikan ASEAN pada 2015, 2005, 1997 dan 1977.

-- BERNAMA

TAG: PM Anwar, ASEAN, Sidang Kemuncak ASEAN, mesyuarat

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved