Wisma Putra Sahkan Donald Trump Adakan Lawatan Rasmi Ke Malaysia Selama Dua Hari

25 Oct 2025 • 2:32 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

image is not available

Presiden Amerika Syarikat (As) Donald Trump akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia dari 26 hingga 27 Okt 2025 bersempena Sidang Kemuncak ASEAN- AS ke-13 dan Sidang Kemuncak Asia Timur ke-20 atas jemputan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Pengerusi ASEAN 2025.

Menurut laporan Bernama, Wisma Putra dalam kenyataan berkata, ini merupakan lawatan pertama Trump ke rantau Asia Tenggara sejak dipilih sebagai Presiden AS ke-47 pada Januari lepas.

Anwar dan Trump dijadualkan untuk mengadakan mesyuarat dua hala pada 26 Oktober.

Lawatan rasmi ke Malaysia

“Kedua-dua pemimpin dijangka membincangkan usaha memperkukuh kerjasama dalam bidang perdagangan dan pelaburan, pertahanan dan keselamatan serta hubungan antara rakyat selaras dengan

Perkongsian Komprehensif Malaysia-AS,” katanya.

Katanya kedua-dua pemimpin turt dijangka bertukar-tukar pandangan mengenai perkembangan serantau dan antarabangsa yang menjadi kepentingan bersama serta menandatangani beberapa dokumen penting yang meliputi bidang perdagangan dan keselamatan.

Lawatan rasmi ke Malaysia

image is not available

“Lawatan ini dijangka memperkukuh lagi hubungan antara Malaysia dan AS serta membuka lembaran baharu ke arah peningkatan tahap hubungan dua hala yang lebih strategik,” katanya.

Menurut Wisma Putra, hubungan dua hala antara Malaysia dan AS kekal kukuh sejak terjalinnya hubungan diplomatik pada 1957.

AS antara rakan dagang dan pelabur terbesar Malaysia, dengan jumlah perdagangan bernilai RM324.91 bilion (US$71.39 bilion) pada 2024.

Sumber: Bernama