“Malaysia terlalu panas”- Wanita Guna Payung Besar Ketika Berjalan Tarik Perhatian Netizen

Entertainment
28 Apr 2024 • 2:03 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Cuaca di kebanyakan negeri di Malaysia sejak kebelakangan ini memang sangat panas. Kadang-kadang tu sebab terlalu panas sehingga duduk dalam ruang yang ada penyaman udara pun masih boleh rasa kepanasannya.

Bil elektrik pun semakin meningkat sebab boleh dikatakan setiap masa guna penyaman udara dan air cooler untuk sejukkan badan.

Mungkin itulah sebab seorang individu ini menggunakan payung besar ketika berjalan di luar bangunan untuk melindunginya daripada sinar terik matahari.

Gelagat wanita itu menggunakan payung besar itu telah dirakam oleh seorang individu yang dikenali sebagai fizuan_fadil sebelum video itu dikongsikan di platform TikTok baru-baru ini.

Dalam video yang berdurasi selama tujuh saat itu, dapat dilihat seorang wanita berjalan di kawasan parkir kereta dengan menggunakan payung besar.

Meninjau ke ruangan komen, difahamkan payung besar itu merupakan camping umbrella atau payung untuk aktiviti riadah yang sering digunakan oleh golongan yang gemar berkelah, melepak santai di tepi sungai, memancing atau berkhemah.

image is not available

Difahamkan juga, payung itu ringan, jadi tak pelik lah jika ia boleh dipegang seperti payung kecil biasa.

Ada warganet yang kata mereka juga memerlukan payung sebesar itu untuk memudahkan mereka mengambil anak-anak pulang dari sekolah ketika cuaca hujan atau panas seperti sekarang ni.

Barulah tak payah ulang alik dua tiga kali ke kereta kan.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.