Malaysia Tersenarai Di Tangga Ke-22 Purata IQ Tertinggi Dunia

20 Nov 2025 • 11:33 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Malaysia Tersenarai Di Tangga Ke-22 Purata IQ Tertinggi Dunia

Dalam era yang semakin dipacu oleh teknologi ini, kecerdasan manusia menjadi aset terbesar dalam menentukan kemajuan sesebuah negara.

Kemunculan pelbagai teknologi baharu setiap tahun daripada cip pemprosesan gajet sehinggalah kepada kecerdasan buatan (AI) kini menjadi “game changer” global.

Ia membuktikan sejauh mana kemampuan intelektual manusia mampu berkembang.

Jadi, tidak hairan wujudnya satu keadah yang dinamakan IQ yang menjadi penanda aras tahap kecerdasan manusia.

Apa itu IQ?

IQ atau Intelligence Quotient, ialah ukuran keupayaan kognitif seseorang termasuk cara mereka berfikir, menyelesaikan masalah, belajar dan memahami konsep baharu.

Skor ini sering digunakan untuk menggambarkan tahap kecerdasan purata sesebuah populasi.

Baru-baru ini, data daripada International IQ Test mendedahkan kedudukan negara-negara di dunia berdasarkan skor IQ purata.

Malaysia Tersenarai Dalam Kelompok 25 Negara Teratas Miliki IQ Tertinggi

Menurut laporan analisis global Ranking Royals, ranking IQ Malaysia kini melonjak ke tangga ke-22 dunia, sekali gus berada di kedudukan ketiga tertinggi IQ di ASEAN selepas Singapura dan Thailand.

image is not available
Gambar: global Ranking Royals

Menariknya, seramai lebih 19,000 rakyat negara yang mengikuti IQ Test ini, menyaksikan hasil data mendedahkan purata IQ rakyat Malaysia meningkat daripada 99.29 kepada 100.48.

Berdasarkan data, 1,352,763 individu di seluruh dunia mengambil ujian IQ di laman web ini pada tahun 2024.

Purata IQ mengikut negara didapati umumnya lebih tinggi di Asia Timur berbanding purata IQ global di Eropah, Asia Barat, Oceania, Amerika Utara dan Afrika Utara.

Manakala purata IQ di Afrika Tengah, Afrika Selatan serta Amerika Latin cenderung lebih rendah.

Tiga Negara Dengan Purata IQ Tertinggi

1. China – 107.19

2. Korea Selatan – 106.43

3. Jepun – 106.40

Tiga Negara Dengan Purata IQ Terendah

1. Benin  – 86.88

2. Angola – 85.33

3. Gabon – 85.08

Ini senarai lengkap purata IQ setiap negara dari tertinggi hingga terendah.

Sumber: International IQ Test

BACA: Senarai Pemain Berstatus ‘Bintang’ Yang Gagal Layak Ke Piala Dunia 2026

BACA: Senarai Dashcam Terbaik Tahun 2025 – MIROS

BACA: 18 Kemahiran Yang Perlahan-Lahan Hilang Dalam Dunia Moden

The post Malaysia Tersenarai Di Tangga Ke-22 Purata IQ Tertinggi Dunia appeared first on Siakap Keli.