Malaysia terus bantu Indonesia tangani masalah jerebu

LocalEnvironment
25 Oct 2026 • 11:42 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Malaysia terus bantu Indonesia tangani masalah jerebu

BAGAN DATUK – Malaysia terus menghulurkan bantuan kepada Indonesia bagi mengatasi isu jerebu merentas sempadan yang melanda ketika ini, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata komitmen tersebut telah dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat lepas, bagi memastikan tindakan sewajarnya dapat diselaraskan demi kesejahteraan bersama.

Ahmad Zahid berkata kerajaan republik itu telah mengerahkan lebih 16,000 anggota bersama pelbagai aset pesawat dan helikopter pemadam api, namun operasi udara berdepan cabaran susulan jarak penglihatan yang terhad selain ketiadaan kelompok awan bagi melaksanakan operasi pembenihan hujan.

“Jadi kita bersimpati dengan keadaan mereka. Bagaimanapun, kita masih mengharapkan agar masalah ini dapat diselesaikan kerana ia mengakibatkan negara-negara jiran terutamanya Malaysia mengalami keburukan jerebu ini kepada kesihatan, terutamanya mereka yang mempunyai penyakit berkaitan dengan alahan daripada jerebu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Larian Jambatan Sultan Nazrin Shah Bagan Datuk 2026 di sini hari ini.

Ahmad Zahid berkata, komunikasi dua hala telah pun digerakkan di peringkat tertinggi bersama kepimpinan Kerajaan Indonesia bagi membincangkan situasi semasa tersebut.

Mengenai program larian hari ini, beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata program itu berjaya menarik 1,700 peserta tempatan dan luar negara antaranya Australia, Indonesia, Singapura, Perancis, India, Nepal dan Thailand serta negara-negara ASEAN. – Bernama

The post Malaysia terus bantu Indonesia tangani masalah jerebu appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved