Malaysia terus perjuang sistem perdagangan terbuka, adil

LocalPolitics
23 Nov 2026 • 4:58 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Malaysia terus perjuang sistem perdagangan terbuka, adil

PETALING JAYA: Malaysia akan terus memperjuangkan sistem perdagangan antarabangsa yang adil bagi memastikan ekonomi kecil tidak dipinggirkan dalam menentukan hala tuju ekonomi Asia Pasifik.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerjasama ekonomi di rantau itu mesti berteraskan keadilan supaya setiap negara mempunyai suara dan peranan tanpa mengira saiz ekonomi masing-masing.

Katanya, pertumbuhan ekonomi juga perlu membawa perubahan nyata kepada kehidupan rakyat dan bukan sekadar dinilai berdasarkan pencapaian ekonomi semata-mata.

“Dalam sidang tersebut, saya menegaskan bahawa kerjasama ekonomi di Asia Pasifik mesti berpaksi pada keadilan.

“Bagi Malaysia, ukuran kemajuan ialah sejauh mana pertumbuhan ekonomi membawa perubahan dalam kehidupan seharian masyarakat,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) 2026 di Shenzhen, China.

Anwar berkata, Malaysia kekal dengan pendirian untuk memperjuangkan sistem perdagangan pelbagai hala yang terbuka dan adil.

“Malaysia akan terus memperjuangkan sistem perdagangan pelbagai hala yang terbuka dan adil, agar setiap ekonomi, besar mahupun kecil, punyai suara dan peranan dalam mencorak masa depan Asia Pasifik yang lebih terangkum dan saksama,” katanya. – UTUSAN

The post Malaysia terus perjuang sistem perdagangan terbuka, adil appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved