Malaysia tidak perlu bergantung lagi kepada makanan dari sumber import. Usaha hasilkan produk bermutu tinggi

Opinion
31 Aug 2023 • 2:30 PM MYT
Syaiful Irfan Anang
Syaiful Irfan Anang

Pengerusi NGO Gerakan Ekonomi Melayu Prihatin Rakyat Terengganu ( GEMPUR )

Image from: Malaysia tidak perlu bergantung lagi kepada makanan dari sumber import. Usaha hasilkan produk bermutu tinggi
Presiden GEMPUR, Syaiful Irfan. Kredit: Syaiful Irfan

Saya menyambut bahawa kerajaan kini dalam usaha mengurangkan kebergantungan import makanan negara selain mahu memperkasakan sektor pertanian negara.

Ini berikutan bahawa negara telah membelanjakan sehingga 70 bilion ringgit bagi tujuan itu yang sepatutnya dapat dijimatkan dan disalurkan kepada program-program lain yang dapat dimanfaatkan rakyat. Tambahan pula Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai tanah yang subur bagi tujuan pertanian.

Saya ingin mencadangkan supaya kerajaan memperkenalkan satu program pertanian yang baru yang lebih bersasar. Program-program yang dijalankan sebelum ini yang telah gagal memenuhi jangkaan perlu diteliti semula selain kemungkinan memansuhkan bagi program yang telah ‘outdated’ atau ketinggalan zaman .

Pembangunan model baharu harus tertumpu kepada suatu pendekatan baru yang selaras dengan konsep Madani iaitu kemampanan. Dalam kita mengejar kemajuan pembangunan, kita juga perlu usahakan juga supaya perut rakyat dapat diisi dengan makanan yang berkhasiat dan halal yang diperbuat dan ditanam di negara sendiri.

'Sustainable design and concept' ataupun rekabentuk dan konsep kemampanan sudah mula dipromosi dengan rancak didalam pelbagai sektor di dunia termasuklah didalam sektor teknologi, pembuatan, pembinaan, pertanian mahupun makanan. Sudah tiba masanya supaya Malaysia menjadi juara didalam mengenengahkan konsep ini selari dengan Malaysia Madani.

Kerajaan juga perlu membantu menaiktaraf ekosistem yang lebih baik kepada kawasan-kawasan berpotensi dan membantu pengusaha rantaian makanan ini dengan memperbanyakkan program kajian teknologi dan penghasilan supaya dapat diwujudkan juga lebih ramai pengusaha industri sokongan dalam bidang pertanian dan penternakan yang mampan melibatkan pengusaha mesin pertanian moden, pembekal baja dan benih, penyedia logistik, pemprosesan serta pihak yang terlibat dengan penjualan dan eksport bagi menjamin produk keluaran Malaysia yang berkualiti dan bermutu tinggi.

30 Ogos 2023, Syaiful Irfan Anang, Presiden NGO Gempur (Gerakan Ekonomi Melayu Prihatin Rakyat)


Syaiful Irfan Anang adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!

Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi Newswav.