Malaysia tidak sokong usaha serang mana-mana negara: PM

6 Sep 2024 • 1:14 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

VLADIVOSTOK Malaysia tidak menyokong sebarang usaha memperkukuh kuasa pertahanan untuk menyerang negara lain, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, pendirian Malaysia adalah untuk keamanan.

“Tetapi jika ditanya mengenai pendirian kami, ia adalah untuk keamanan. Oleh itu kami tidak menyokong sebarang usaha meningkatkan pertahanan atau persenjataan untuk menyerang mana-mana negara,” kata Anwar di luar sidang Forum Ekonomi Timur (EEF).

Beliau berkata demikian dalam satu wawancara bersama RIA Novosti dan RT, lapor Sputnik.

Dalam temu bual yang sama, Anwar turut menyuarakan keterujaannya tentang lawatannya ke Rusia dan berhasrat untuk melawat St. Petersburg serta Moscow.

“Saya teruja. Saya akan menyebut dalam kuliah saya hari ini bahawa saya mengenali Rusia lebih melalui novel-novel (Boris) Pasternak, puisi Anna Akhmatova dan (Lev) Tolstoy.

“Saya sangat menantikan lawatan ke Moscow, khususnya St. Petersburg, yang saya rasa antara bandar paling menakjubkan di dunia,” kata Anwar.

Forum Ekonomi Timur bermula 3 hingga 6 September. - 6 September, 2024

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved