Malaysia Tuan Rumah Mesyuarat JC-ESTC Ke-4, Perkukuh Hubungan Dua Hala Dan Kerjasama Strategik Bersama Rusia

12 Nov 2025 • 6:34 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Malaysia Tuan Rumah Mesyuarat JC-ESTC Ke-4, Perkukuh Hubungan Dua Hala Dan Kerjasama Strategik Bersama Rusia

KEDAH (12 November) — Malaysia dan Rusia terus memperkukuh hubungan dua hala dalam bidang pendidikan tinggi, sains dan teknologi menerusi Mesyuarat Suruhanjaya Bersama Malaysia -Rusia bagi Kerjasama Ekonomi, Saintifik, Teknologi dan Budaya (JC-ESTC) kali ke-4 yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Langkawi (LICC), Kedah bermula 10-11 November 2025.

Mesyuarat ini dipengerusikan bersama oleh Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir, dan Menteri Sains dan Pendidikan Tinggi Persekutuan Rusia, TYT Valery Falkov.

JC-ESTC yang ditubuhkan sejak 2015 menjadi platform penting bagi memperkukuh hubungan strategik antara Malaysia dan Rusia.

BACA: Pusat Sehenti MM2H Di TRX Perkukuh Daya Tarikan Malaysia Kepada Ekspatriat, Diterajui STF Revenue

Dalam ucapan, YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry berkata mesyuarat ini menandakan kemajuan ketara dalam memperkukuh hubungan dua hala berasaskan persahabatan jangka panjang, saling menghormati dan aspirasi bersama.

“Kerjasama ini bukan sahaja memperkukuh bidang pendidikan tinggi, sains dan teknologi, tetapi turut membuka peluang dalam tenaga, industri halal, kewangan Islam dan teknologi hijau yang memberi manfaat kepada rakyat kedua-dua negara,” ujar beliau.

Mesyuarat JC-ESTC Keempat mencapai beberapa hasil utama termasuk:

  • Pemansuhan sebahagian keperluan visa dan usaha menyambung penerbangan terus antara Malaysia Rusia;
  • 40 biasiswa tahunan daripada kerajaan Rusia kepada pelajar Malaysia; Kerjasama tenaga dan nuklear secara aman, serta penerokaan bidang tenaga boleh baharu dan pengurusan sisa lestari;
  • Diversifikasi perdagangan dan pelaburan dalam sektor aeroangkasa, industri halal dan teknologi hijau.

Malaysia dan Rusia terus mempertingkat kerjasama dalam sektor pendidikan tinggi melalui 34 perjanjian kerjasama strategik melibatkan 21 Memorandum Persefahaman (MoU), 10 Surat Niat (Lol) dan 3 Pelan Hala Tuju antara Institusi Pendidikan Tinggi (IPT), jabatan/ agensi serta syarikat kedua-dua negara.

Malaysia juga menantikan penganjuran Mesyuarat Kelima JC-ESTC di Rusia pada tahun hadapan untuk memperkukuh momentum yang dicapai di Langkawi.

BACA: Pameran Galeri Pelaksanaan Program Anak Kita Di Parlimen Malaysia

The post Malaysia Tuan Rumah Mesyuarat JC-ESTC Ke-4, Perkukuh Hubungan Dua Hala Dan Kerjasama Strategik Bersama Rusia appeared first on Siakap Keli.