Kematian Pempengaruh Taiwan: Namewee Ada ‘Hubungan Istimewa’ Dengan Mangsa – Polis

LocalEntertainment
11 Nov 2025 • 4:46 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Polis memaklumkan pengarah dan penyanyi Namewee dipercayai mempunyai hubungan istimewa dengan pempengaruh wanita dari Taiwan yang ditemui maut di sebuah hotel Kuala Lumpur, pada bulan lalu.

Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus, pihaknya mendapati Namewee telah bersama mangsa sejak dari luar negara sehingga kedua-dua mereka berada di negara ini.

“Setakat ini, siasatan mendapati lelaki itu (Namewee) memang mempunyai hubungan istimewa dengan mangsa.

“Kita juga telah merakam keterangan semua saksi yang terlibat dalam kes ini,” jelasnya yang turut mengatakan Namewee memberi kerjasama dalam membantu siasatan.

image is not available

Mayat mangsa belum dituntut keluarga

Mengulas lanjut, ketika ini pihaknya masih menunggu laporan penuh bedah siasat serta laporan toksikologi. Beliau turut memaklumkan, mayat mangsa sehingga kini masih belum dituntut oleh keluarganya.

“Ada individu yang cuba menuntut (mayat) tetapi dibenarkan kerana tiada authorization. Kita meminta mana-mana pihak yang mempunyai maklumat tentang keluarga mangsa untuk tampil membantu siasatan.”

Polis juga akan kemukakan cadangan pertuduhan kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya (DPP) dalam masa terdekat sebaik kertas siasatan dilengkapkan.

Semalam, media melaporkan Namewee disambung reman tiga hari bagi membantu siasatan berkaitan kes itu.

Terdahulu, kes kematian pempengaruh Taiwan yang dikenali sebagai Iris Hsieh diklasifikasikan mati mengejut (SDR) namun kini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sumber: Sinar Harian

Sumber: Astro Awani

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.