#MalaysiaKita | Kemerdekaan bukan sekadar sambutan tahunan, ia memberi ruang kepada pelajar untuk menghayati ertinya

21 Aug 2026 • 4:00 PM MYT
Zulkifly Baharom
Zulkifly Baharom

An HR practitioner, Sejahtera Leadership Coach & Gusi Peace Prize Laureate.

Image from: #MalaysiaKita | Kemerdekaan bukan sekadar sambutan tahunan, ia memberi ruang kepada pelajar untuk menghayati ertinya
Menanam azam tidak membiarkan negara dijajah kembali. Foto: Amir

Lakaran sejarah akan terus tercipta apabila negara kita, Malaysia akan menggapai usia 69 tahun kemerdekaan pada 31 Ogos ini, setelah kita mengharungi pelbagai rintangan dalam membentuk kestabilan dan keharmonian. Bagi anak muda, terutama para pelajar, kemerdekaan negara ertinya amat besar untuk mereka terutama apabila mengenangkan pengorbanan generasi terdahulu berjuang untuk mendapatkannya. Sesungguhnya, ia amat penting bagi rakyat menerapkan permahaman tentang erti sebenar kemerdekaan. Kita belajar dari perjuangan generasi lalu untuk menghargai & menghayati nilai kebebasan yang dirasai hari ini. Semua pelajar perlu memahami perit getir mendapatkan sebuah kemedekaan yang memerlukan pelbagai pengorbanan dari semua pihak.

Image from: #MalaysiaKita | Kemerdekaan bukan sekadar sambutan tahunan, ia memberi ruang kepada pelajar untuk menghayati ertinya
Frasa KE7 "Dibawah naungan nama yang unggul" Foto: OEAKL

Sehubungan itu, Jawatankuasa Pertubuhan Bekas Pelajar Sekolah King Edward VII, Kuala Lumpur (OEAKL) dengan persetujuan Pengetua dan Pentadbir Sekolah Menengah King Edward VII (KE7) Taiping telah menyusun-atur suatu program ceramah khas Santai Pagi dengan pelajar-pelajar KE7 di Dewan Besar Sekolah pada 21 Ogos 2026 bertajuk “Suara Merdeka, Warisan Darurat: Menghayati Perjuangan, Membina Masa Depan”. Tiga tokoh utama bekas pelajar KE7 akan menyampaikan ceramah dan berkongsi pengalaman mereka supaya dapat di menafaat oleh para pelajar, guru-guru & ibu bapa mereka.

Menurut Penolong Setiausaha OEAKL, Tiger Amir Shafiq selaku penganjur program dan moderator ceramah, “Program khas ini adalah sempena dengan sambutan Hari Kemerdekaan & Hari Malaysia 2026. Tujuan utamanya ialah mengenai perjuangan mendapatkan kemerdekaan adalah untuk menanam semangat patriotisme dan menghargai jasa tokoh terdahulu dalam kalangan masyarakat. Ceramah sebegini bukan sekadar perkongsian fakta sejarah, tetapi satu usaha berterusan untuk membentuk jati diri bangsa yang menghargai kebebasan & kedaulatan negara. Menyemai Semangat patriotisme dan Cinta Negara dapat membangkitkan rasa bangga & membantu para pelajar berasa megah menjadi rakyat Malaysia, dengan penghayatan sejarah negara.”

Image from: #MalaysiaKita | Kemerdekaan bukan sekadar sambutan tahunan, ia memberi ruang kepada pelajar untuk menghayati ertinya
Presiden OEAKL, Lt. Jeneral Dato' Wira Hj Masood (Bersara) - (5 dari kanan) dan pasukannya menyedari bahawa “Ancaman hari ini bukan lagi fisikal, tetapi bentuk pemikiran & ekonomi.” Foto; OEAKL

Saya meyokong program ini untuk mengenang sumbangan tokoh pejuang negara, mengingati titisan darah, air mata & nyawa para pejuang terdahulu. Serentak itu, mengenali tokoh dari pelbagai kaum serta mengambil iktibal keberanian dan ketabahan mereka sebagai model serta contoh teladan hidup anak muda dan pelajar hari ini yang akan menjadi pemimpin masa depan Malaysia.


Image from: #MalaysiaKita | Kemerdekaan bukan sekadar sambutan tahunan, ia memberi ruang kepada pelajar untuk menghayati ertinya

Kongsi kisah Anak Malaysia anda & menangi hadiah wang tunai sehingga RM2,880! Ketahui cara penyertaan di siniT&S terpakai. 


Zulkifly Baharom (hajizul50@gmail.com) adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!

Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi creator@newswav.com.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved