#MalaysiaKita | Saya bangga menjadi anak Malaysia kerana negara ini hidup aman dan sejahtera dalam kepelbagaian kaum

30 Aug 2026 • 11:00 AM MYT
Zulkifly Baharom
Zulkifly Baharom

An HR practitioner, Sejahtera Leadership Coach & Gusi Peace Prize Laureate.

Image from: #MalaysiaKita | Saya bangga menjadi anak Malaysia kerana negara ini hidup aman dan sejahtera dalam kepelbagaian kaum
Keunggulan identiti Malaysia yang dibentuk oleh kepelbagaian budaya, semangat perpaduan & jati diri yang tinggi di persada dunia. Foto: MKN

Sebagai seorang Anak Malaysia bermaksud setiap orang pasti bangga menjadi rakyat negara mereka sendiri. Begitu juga dengan saya amat berbangga menjadi rakyat Malaysia kerana Malaysia adalah sebuah negara yang aman dan sejahtera. Walaupun negara Malaysia berbilang kaum & agama, kita telah dapat bekerjasama dan berdiri teguh sebagai ‘Malaysia MADANI: Kedejahteraan Dinikmati’. Oleh itu, usaha gigih dan pencapaian kita diperlukan supaya segala kemampuan Malaysia mencapai tahap lebih gemilang pada hari ini dan masa hadapan. Kemerdekaan negara membuka ruang untuk Anak Malaysia membuktikan kemampuan mencapai kejayaan di peringkat antarabangsa tanpa perlu mengenepikan identiti, agama dan jati diri sebagai rakyat Malaysia.

Mengimbas kembali, sejarah kemerdekaan Malaysia dan tradisi wilayah Tanah Melayu (kini sebahagian daripada Malaysia) sering disebut telah melalui era penjajahan serta naugan negara-negara dan kuasa asing selama 446 tahun. Tempoh ini dikira bermula dari kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka pada tahun 1511 sehinggalah Persekutuan Tanah Malayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Dari sudut fakta, Malaysia pernah di jajah oleh negara-negara Portugis (151 - 1641), Belanda (1641 - 1824), British (1824 - 1941), Jepun (1941 - 1945), dan British (1945 - 1957).

Image from: #MalaysiaKita | Saya bangga menjadi anak Malaysia kerana negara ini hidup aman dan sejahtera dalam kepelbagaian kaum
Dr. Zul dan isteri, Hajah Zarina (tengah) bersama keluarga bersikap toleransi dan saling menghormati antara satu sama lain dengan masyarakat berbilang kaum di Malaysia & luar negara, Foto: Farouq

Saya pernah belajar dan bekerja di luar negara, telah menghayati pengalaman dari peribahasa “Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri” bermaksud walau bagaimana mewah atau makmur negara asing, tanah air sendiri tetap lebih baik dan lebih membahagiakan. Pengalaman itu telah mengajar saya untuk tidak melupakan asal usul walaupun di mana saya berada. Sebenarnya, kemewahan hidup di negara orang lain tidak sama dengan kesejahteraan yang saya dikmati di negara sendiri. Maka saya menekankan semangat patriotisma yang tinggi kepada anak-cucu saya.

Saya bersetuju dengan slogan Tahun Melawat Malaysia 2026 iaitu ‘Malaysia, Truly Asia’ yang tepat digambarkan sebagai negara kita yang ada campuran budaya Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan dan lain-lain dalam satu tempat. Semoga Malaysia bebas daripada jajahan dan hidup dalam keadaan harmoni.


Image from: #MalaysiaKita | Saya bangga menjadi anak Malaysia kerana negara ini hidup aman dan sejahtera dalam kepelbagaian kaum

Kongsi kisah Anak Malaysia anda & menangi hadiah wang tunai sehingga RM2,880! Ketahui cara penyertaan di siniT&S terpakai. 


Zulkifly Baharom (hajizul50@gmail.com) adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!

Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi creator@newswav.com.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved