Malaysian Open-The Royal Patron's Cup: Pairs pelapis lelaki negara gegar senior

29 Oct 2026 • 12:00 AM MYT
Stadium Astro
Stadium Astro

The latest sports results, news, match highlights, schedules and more

Malaysian Open-The Royal Patron's Cup: Pairs pelapis lelaki negara gegar senior


Skuad pelapis kebangsaan terus mencipta kejutan dalam Kejohanan Malaysian Open-The Royal Patron's Cup 2026 apabila pingat emas berganda dipungut pairs lelaki, Muhd Hafiy Darwisy-Muhd Fayyadh Qashry, yang tampil dengan prestasi konsisten meskipun berdepan gandingan senior, Soufi Rusli dan Fadley Jabal.

Ketenangan ketika melakukan draw menyaksikan Hafiy-Fayyadh mengesahkan kejuaraan menerusi straight set di Gong Badak, hari ini.

"Tiba lepas ke final, sangka di peringkat kumpulan sahaja," kata Fayyadh Qashry.  

Tambah Hafiy: "Ini kali pertama saya menang dalam kejohanan besar, lagi-lagi mengalahkan atlet Program Podium.

"Walaupun baru dua minggu membuat persediaan, Alhamdulillah saya mencapai kemenangan."

Perasaan bercampur baur, agak kecewa kerana lambat menyesuaikan diri dengan situasi permukaan green namun Soufi Rosli-Fadley Jabal turut berbangga sekurang-kurangnya perlawanan berlangsung sengit dan menarik untuk ditonton.

Mereka turut memuji corak permainan matang Hafiy dan Fayyadh yang menandakan perkembangan positif barisan pemain muda negara.

"Pelapis sentiasa bersungguh-sungguh untuk kalahkan atlet senior.  

"Bagi saya tiada masalah (dengan kekalahan), permainan tadi cantik," kata Soufi.

Tambah Fadley: "Kami tidak sempat untuk menguji gelanggang ini jadi agak bergelut dalam game pertama.

"Kami cuba mengheret ke tie break tapi tak ada rezeki."

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved