Malaysian Open – The Royal Patron's Cup: Skuad kebangsaan sasar kedudukan podium

20 Oct 2026 • 12:00 AM MYT
Stadium Astro
Stadium Astro

The latest sports results, news, match highlights, schedules and more

Malaysian Open – The Royal Patron's Cup: Skuad kebangsaan sasar kedudukan podium

Jurulatih boling padang negara, Fairul Izwan Abdul Muin, mengharapkan skuad negara menepati sasaran mengisi kedudukan podium menjelang saingan Malaysian Open – The Royal Patron's Cup di Terengganu bermula hujung minggu ini.

Skuad negara ketika ini sedang melalui sesi latihan di venue kejohanan itu, yang akan turut disertai tujuh negara yang lain.

Dalam masa yang sama, ia adalah platform terakhir untuk wakil negara mengumpul mata bagi mencari tempat dalam kelompok 12 terbaik dunia, yang merupakan syarat untuk beraksi dalam World Bowls Series.

"Ini adalah kejohanan terakhir sebelum World Bowls Series, di mana hanya pemain dalam kelompok 12 terbaik dunia sahaja dapat bermain di sana," katanya kepada wartawan Astro Arena, Fina Nasrom.

"Jadi, ini adalah persiapan terakhir untuk skuad negara. Saya jangkakan akan ada seorang atlet lelaki melayakkan diri ke kejohanan itu."

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved