Malaysian Tigress B-20 mula langkah kiri di Phnom Penh

11 Mar 2023 • 12:02 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Antara aksi menarik Malaysia menentang Kemboja dalam perlawanan Kelayakan Piala Asia Wanita B-20 2024, di Stadium Smart RSN, Phnom Penh pada Jumaat. - Foto Facebook FAM

[KEMAS KINI] SKUAD bola sepak Bawah 20 tahun (B-20) wanita negara memulakan kempen Kelayakan Piala Asia Wanita B-20 2024, langkah kiri apabila tewas 0-1 kepada Kemboja dalam perlawanan di Stadium Smart RSN, Phnom Penh, pada Jumaat.

Gol tunggal perlawanan dijelmakan penyerang sensasi tuan rumah, Tun Kimhong selepas menyudahkan hantaran Heng Sovanmony pada minit ke-94.

Kekalahan itu menyaksikan Malaysian Tigress B-20 kendalian Cameron Ng itu tidak mempunyai pilihan kecuali menang sekurang-kurangnya tiga gol tanpa bolos ke atas Myanmar bagi menyalakan peluang ke pusingan kedua.

Myanmar kini memimpin kumpulan dengan tiga mata iaitu sama mata dengan Kemboja, namun dipisahkan jaringan akan berdepan Malaysia dalam perlawanan terakhir, Ahad ini.

"Keputusan yang mengecewakan tambahan pula gol pada masa kecederaan, namun itulah bola sepak.

"Sebenarnya pemain Malaysian Tigress B-20 telah memberikan aksi terbaik masing-masing.

"Perlawanan terakhir menentang Myanmar, kita tiada pilihan kecuali menang untuk mara ke pusingan seterusnya.

"Namun kami akan memberikan persembahan terbaik bagi mendapatkan keputusan yang positif," kata Cameron Ng selepas perlawanan pada Jumaat.

Lapan juara kumpulan akan meneruskan kemaraan ke pusingan kedua Kelayakan Piala Asia Wanita B-20 yang dijadualkan berlangsung 3 hingga 11 Jun depan.

Sementara itu, empat daripada lapan pasukan terbaik akan meraih tempat ke pusingan akhir di Uzbekistan pada 2024.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved