Malaysian Tigress bawa mentaliti pejuang ke ACT Bihar 2024

4 Nov 2024 • 10:16 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

image is not available
MOHD NASIHIN

SKUAD hoki wanita negara sudah bersedia sepenuhnya dan enggan 'memberi muka' kepada pasukan lawan dalam saingan Trofi Juara-Juara Asia (ACT) Wanita Bihar 2024 di Rajgir, India, minggu depan.

Bagi merealisasikan hasrat tersebut skuad Malaysian Tigress dipersiapkan dengan latihan berintensiti tinggi di bawah tekanan bagi membolehkan para pemain sentiasa berada dalam rentak positif.

Ketua jurulatihnya, Mohd Nasihin Nubli Ibrahim berkata, langkah tersebut susulan kegagalan anak buahnya mengekalkan momentum semasa berdepan tekanan ketika perlawanan menyebabkan skuad negara mudah ditewaskan pasukan lawan.

“Kita kekurangan minda perjuangan, jadi kita sudah beri latihan berintensiti tinggi. Mereka didedahkan dengan tekanan dalam perlawanan. Kita mahu mereka tunjukkan, walau apa pun berlaku, mereka perlu kekal berjuang sehingga tamat (perlawanan).

“Kejohanan kali ini pasti lebih sukar, kita mahu sasarkan lima terbaik dan memenangi perlawanan satu demi satu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada majlis pelancaran jersi pasukan hoki wanita dan skuad hoki dalam dewan lelaki dan wanita kebangsaan di Stadium Nasional Hoki Bukit Jalil pada Isnin.

Mohd Nasihin menjelaskan para pemain ketika ini berada di fasa akhir persiapan untuk berdepan perlawanan berprestij yang berlangsung di Stadium Hoki Rajgir, Bihar dari 11 hingga 20 November itu.

Menurut Mohd Nasihin, biarpun pasukan negara bakal berdepan saingan sukar bermula perlawanan pertama, namun beliau melihatnya secara positif kerana ia menjadi peluang terbaik buat para pemain berusaha keras memberi tentangan sengit kepada skuad gergasi hoki dunia itu.

“Tahun lepas kita kalah kepada India 0-5, namun ada banyak tambah baik berbanding 2022 tewas 0-9.

“Perlahan-lahan kita bina skuad, kalau menang bonus. Kita cuba dapatkan keputusan yang baik, namun perlu berpijak di bumi nyata. Kita tahu ranking Malaysia di mana, jadikan ini pengalaman berharga,” katanya.

Sebagai rekod bagi edisi lepas Malaysia mengakhiri kempen di kedudukan kelima selepas melakar kemenangan 1-0 ke atas Thailand dalam perlawanan klasifikasi tempat kelima dan keenam di Ranchi, India.


INFO

TROFI JUARA-JUARA ASIA (ACT) WANITA BIHAR 2024

ISNIN (11 NOVEMBER)

Malaysia lwn India, jam 10 malam

SELASA (12 NOVEMBER)

Malaysia lwn China, jam 7.45 petang

KHAMIS (14 NOVEMBER)

Malaysia lwn Korea Selatan, jam 5.30 petang

SABTU (16 NOVEMBER)

Malaysia lwn Jepun, jam 5.30 petang

AHAD (17 NOVEMBER)

Malaysia lwn Thailand, jam 6.30 petang

* Empat pasukan terbaik akan layak ke saingan separuh akhir

* Kejohanan berlangsung di Stadium Hoki Rajgir, Bihar, India

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved