Malton, Ricloud AI Inc bekerjasama bangunkan pusat pengkomputeran AI berprestasi tinggi

LocalTechnology
23 Jun 2026 • 5:47 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Malton, Ricloud AI Inc bekerjasama bangunkan pusat pengkomputeran AI berprestasi tinggi Image from: Malton, Ricloud AI Inc bekerjasama bangunkan pusat pengkomputeran AI berprestasi tinggi hamden23/06/2026 - 17:47 Oleh HAMDEN RAMLI editor@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 23 Jun - Malton Berhad akan mengadakan kerjasama dengan syarikat penyedia infrastruktur awan kecerdasan buatan (AI) dari Amerika Syarikat, Ricloud AI Inc bagi membangunkan pusat pengkomputeran AI di Malaysia.

 

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, syarikat pemaju hartanah itu berkata kerjasama itu hadir ketika permintaan terhadap pengkomputeran berprestasi tinggi, aplikasi kecerdasan buatan dan sistem awan berdaulat terus berkembang di rantau ini.

 

Di bawah kerangka kerjasama yang dipersetujui, Ricloud akan memanfaatkan statusnya sebagai Rakan Awan NVIDIA (NCP) untuk menarik pelabur teknologi antarabangsa, menyediakan reka bentuk teknikal utama, mengurus perolehan pelayan AI serta membekalkan kluster GPU NVIDIA dan penyelesaian perisian yang diperakui.

 

Malton pula akan bertindak sebagai rakan pelaksana tempatan dengan membantu pelabur mengenal pasti lokasi strategik, mengurus kelulusan pihak berkuasa dan permit kawal selia, selain berperanan sebagai kontraktor utama bagi kerja pembinaan, pengujian serta pentauliahan kemudahan tersebut.

 

Menurut syarikat itu, perjanjian muktamad hanya akan dimeterai selepas pelabur yang sesuai dikenal pasti oleh Ricloud.

 

Kerjasama tersebut dilihat bertepatan dengan pertumbuhan pesat industri pusat data negara yang dijangka meningkat kepada AS$11.4 bilion menjelang 2031 berbanding AS$6.14 bilion pada 2025, mewakili kadar pertumbuhan tahunan terkumpul (CAGR) sebanyak 10.86%.

 

Perubahan Dasar Kerajaan

Malton berkata, perubahan dasar kerajaan sejak Februari 2026 yang mengehadkan pembangunan pusat data konvensional turut mewujudkan peluang baharu kepada pembangunan pusat pengkomputeran AI.

 

Dasar itu menjadikan kemudahan AI yang memerlukan kluster GPU berprestasi tinggi, rangkaian jalur lebar berkapasiti besar dan sistem penyejukan cecair terus ke cip sebagai fokus utama pembangunan infrastruktur digital negara.

 

Bagi memanfaatkan peluang tersebut, Malton akan menggunakan kepakaran anak syarikat pembinaan dan pengurusan projeknya, Domain Resources Sdn Bhd

 

Malton berkata, kerjasama strategik itu turut membuka laluan kepada kedua-dua pihak untuk memperluaskan pembangunan kemudahan berkenaan ke pasaran Asia Tenggara pada masa hadapan. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved