“Malu laaaa wei sibuk sangat masuk campur, nak neraka kan aku la bagai”- Kak KM

Entertainment
22 Sep 2023 • 6:35 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Liana Rosli atau lebih dikenali sebagai Kak KM sebelum ini ada memberikan bayangan bahawa dia seperti bakal bergelar janda, ia menerusi satu video tular menunjukkan Kak KM menyatakan bakal memegang ‘status J’.

Malu laaaa weiii sibuk sangat masuk campur… mana nak neraka kan aku la bagai”

Selepas beberapa hari, Kak KM ada muat naik satu perkongsian berita daripada mStar Online yang melaporkan bahawa isu kereta remuk itu tidak menjejaskan rumah tangganya. Ia sekaligus menepis dakwaan yang mengatakan perkahwinannya itu goyah.

Dalam pada itu, Kak KM juga dilihat seperti ada menepis teguran yang ditujukan buat dirinya baru-baru ini. Jelas anak kepada pelakon senior, Normah Damanhuri itu juga, dia dan suami malah kini semakin rapat.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by lianarosli (@lianarosli_official)

Sebagai rujukan, pendakwah Ustaz Wadi Annuar ada membuat satu teguran secara terbuka buat Kak KM kerana memaki hamun suaminya. Dalam video yang dimuat naik oleh Ustaz Wadi Annuar itu, beliau menjelaskan bahawa si isteri yang tidak hormat suaminya itu bakal dihumban ke dalam neraka.

Sumber : Instagram

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.