“Malu oii” – Bintang Running Man Lap Lantai Sebab Bumbung Bocor, Netizen Kritik Pihak Pengurusan

Entertainment
17 Feb 2025 • 1:33 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Hujung minggu lalu, bintang Running Man hadir ke Malaysia di Mines International Exhibition & Conference Centre (MIECC) bagi acara Run 2 U Live in Kuala Lumpur yang diadakan pada jam 5 petang. Jika diingat semula, pada waktu-waktu sebegitu, kebanyakan kawasan di Lembah Klang hujan lebat dan dikatakan kawasan The Mines juga turut terkesan.

Pun begitu, Run 2 U Live in Kuala Lumpur tetap dijalankan cuma ada isu yang kurang enak mula timbul ketika acara tersebut dijalankan dan ia sekaligus mengundang kecaman dalam kalangan rakyat Malaysia.

Tular satu video memperlihatkan anggota Running Man yang seolah-olah tidak selesa ketika berada di atas pentas, ia kerana bumbung di MIECC itu dikatakan bocor sehingga air hujan itu menitis ke pentas.

Apa yang netizen anggap lebih memalukan adalah, salah seorang bintang, Yoo Jae Suk mengelap lantai dan Yang Se Chan pula dilihat menadah tangan untuk melihat air yang menitis itu, bahkan bintang-bintang lain juga dilihat banyak mengusik rambut mereka kerana terganggu dengan titisan air tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen yang meluahkan rasa malu dengan kejadian ini, selain itu ada juga yang bengang dengan perjalanan acara yang dikatakan kerap terhenti dan banyak mengganggu bintang-bintang tersebut.

image is not available image is not available

Harap lepas ni, dapatlah pihak pengurusan memperbaikkan lagu mutu kualiti tempat acara itu tidak ganggu acara, tak kiralah apa-apa acara sekalipun.

Sumber: X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.